Perbezaan antara semakan "Parti Pribumi Bersatu Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
'''Parti Pribumi Bersatu Malaysia''' ({{lang-en|Malaysian United Indigenous Party}} juga [[singkatan]]: '''BERSATU''' atau kadangkala ditulis sebagai '''PPBM''') ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh [[Presiden]]nya, [[Muhyiddin Yassin|Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin]].
 
BERSATU bersama-sama [[Barisan Nasional]], [[Parti Islam Se-Malaysia]], [[Gabungan Parti Sarawak]], [[Parti Bersatu Sabah]] dan [[Parti Solidariti Tanah Airku]] sambil disokong Ahli Parlimen [[Bebas (ahli politik)|BEBAS]] membentuk kerajaan [[Perikatan Nasional]] di peringkat [[Persekutuan Malaysia|Persekutuan]] pada Mac 2020 lalu. BERSATU juga mengetuai [[Dewan Negeri Perak|Kerajaan Negeri Perak]], [[Kabinet Negeri Sabah|Kerajaan Negeri Sabah]] dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagi [[Kerajaan Negeri Johor]], [[Dewan Undangan Negeri Melaka|Kerajaan Negeri Melaka]] dan [[Dewan Undangan Negeri Kedah|Kerajaan Negeri Kedah]]. Manakala [[Kerajaan Negeri Perlis]], [[Dewan Undangan Negeri Kelantan|Kerajaan Negeri Kelantan]], [[Dewan Undangan Negeri Terengganu|Kerajaan Negeri Terengganu]], [[Dewan Negeri Pahang|Kerajaan Negeri Pahang]] dan [[Kerajaan Negeri Sarawak]] menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan [[Perikatan Nasional]] di peringkat Persekutuan.
 
Ketika BERSATU dalam kerajaan [[Pakatan Harapan]], ia dipimpin oleh [[Pengerusi]]nya, [[Tun Dr Mahathir Mohamad]] yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu.