Perbezaan antara semakan "Portal:Muhyiddin Yassin/Biografi"

tiada ringkasan suntingan
Sebagai wakil rakyat, beliau adalah merupakan [[Ahli Parlimen]] bagi kawasan P143 [[Pagoh (kawasan persekutuan)|Pagoh]], [[Johor|Johor Darul Ta'zim]] dan [[Dewan Negeri Johor|Ahli Dewan Negeri]] bagi kawasan N09 [[Gambir (kawasan negeri)|Gambir]], [[Johor|Johor Darul Ta'zim]]. Beliau merupakan [[Perdana Menteri Malaysia]] pertama yang mempunyai dua kerusi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam masa yang sama, iaitu kerusi di [[Dewan Rakyat Malaysia]] dan di [[Dewan Negeri Johor]]. Di peringkat parti politik, beliau adalah Pengerusi [[Perikatan Nasional|Parti Perikatan Nasional]] dan juga merupakan [[BERSATU#Kepimpinan|Presiden]] [[Parti Pribumi Bersatu Malaysia]] (BERSATU).
 
Sebelum itu, beliau adalah mantan [[Menteri Dalam Negeri Malaysia]] dalam [[Kerajaan Persekutuan Malaysia]] yang diterajui oleh parti [[Pakatan Harapan]],.<ref>[http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-yassin-pemimpin-berpengalaman-luas-175294 Tan Sri Muhyiddin Yassin pemimpin berpengalaman luas] dicapai pada [[14 Mei]] [[2018 di Malaysia|2018]]</ref> Beliau juga merupakan mantan [[Pakatan Harapan#Kepimpinan|Timbalan Presiden]] [[Pakatan Harapan]].
 
Jawatan terakhir beliau dalam [[Kabinet Malaysia 2013]] adalah sebagai [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] yang ke-[[10 (nombor)|10]] dan [[Menteri Pelajaran Malaysia|Menteri Pendidikan I]] dalam [[Kerajaan Persekutuan Malaysia]] yang diterajui oleh parti [[Barisan Nasional]].