Raja Ema: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 50:
 
==Kontroversi==
''[[Filem Cinta Berdarah|CintaPernikahan Berdarah]]'' sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia mendapat liputan meluas daripada pihak media yang menggembar-gemburkan adegan ranjang beliau bersama pelakon Indonesia Willy Dozan. Dalam kenyataan itu, bahawa Raja Ema dirogol 3 kali dalam filem tersebut. Pihak media menulis yang Raja Ema merasa kecil hati dengan kenyataan [[Fauziah Ahmad Daud]] bahawa beliau menolak tawaran berlakon dalam filem ''Pernikahan Berdarah'' kerana banyak adegan ranjang dan seksi yang keterlaluan dalam filem tersebut. Namun Raja Ema menyatakan semua adegan yang dilakonkan beliau dalam filem ''[[Cinta Berdarah]]'' tidak keterlaluan malah semasa penggambaran Raja Ema sentiasa ditemani oleh ibunya. [[Fauziah Ahmad Daud]] pula berkata beliau menolak filem tersebut kerana ia memerlukan beliau berlakon sebagai gadis belasan tahun.
 
Persengketaan antara Raja Ema dan [[Fauziah Ahmad Daud]] nyata tidak benar apabila mereka berdua kelihatan mesra bersama ketika Pesta Filem Malaysia 1988 yang mana Raja Ema memenangi anugerah Pelakon Harapan untuk filem ''Mawar Merah'' manakala [[Fauziah Ahmad Daud]] memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem ''Puteri''.