Sejarah Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
k Menyusun atur semula perenggan.
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
k Membetulkan tatabahasa.
Baris 4:
Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula sejak orang-orang [[Yunani]] seperti [[Ptolemy|Cladius Ptolemy]] menamakan semenanjung yang terdapat di negara ini sebagai [[Semenanjung Emas]] (kini digelar [[Semenanjung Malaysia]]) atau "''Golden Khorsenese''" di dalam buku [[Geografi (Ptolemy)|Geographia]] yang ditulisnya pada sekitar 150 M.<ref>https://books.google.com.my/books?id=2zZCAAAAIAAJ&pg=PA71&dq=%22Golden+Chersonese%22+malay&redir_esc=y&hl=en#v=onepage&q=%22Golden%20Chersonese%22%20malay&f=false</ref> Agama [[Hinduisme|Hindu]] dan [[Agama Buddha|Buddha]] dari [[India]] dan [[China]] masing-masing mendominasi sejarah awal negara ini dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan kerajaan [[Srivijaya]] yang berpusat di [[Sumatera]], yang mempunyai pengaruh yang meluas di seluruh Sumatera sendiri, [[Jawa]], [[Semenanjung Tanah Melayu]] dan sebahagian besar Borneo dari [[abad ke-7]] hingga [[Abad ke-17|ke-17]].
 
Walaupun kedatangan [[Islam]] di [[Tanah Melayu|Semenanjung Tanah Melayu]] telah berlaku seawal abad ke-10, Islam mula mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14. Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan kebangkitan kesultanan-kesultanan, yang paling menonjol ialah [[Kesultanan Melayu Melaka]] dan [[Kesultanan Brunei]]. Islam sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap orang [[Etnik Melayu|Melayu]]. Pada tahun 1511, [[Melaka]] telah berjaya ditawan oleh [[Portugal|Portugis]] yang merupakan kuasa penjajah [[Eropah]] pertama yang mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan [[Asia Tenggara]]. Kemudian, diikutiMelaka ditawan denganoleh [[Belanda]] pada tahun 1641. Akhirnya, [[United Kingdom|British]] yang asalnya menubuhkan pangkalannya di [[Jesselton]], [[Kuching]], [[Pulau Pinang]] dan [[Singapura]], memperoleh [[hegemoni]] mereka di seluruh wilayah Tanah Melayu melalui [[Perjanjian Inggeris-Belanda 1824]]. Perjanjian tersebut menetapkan sempadan antara [[Tanah Melayu British]] dan [[Hindia Timur Belanda]] (yang menjadi [[Indonesia]]). Kemudian, [[Perjanjian Inggeris-Siam 1909]] pula menetapkan sempadan antara Tanah Melayu British dan [[Siam]] (yang menjadi [[Thailand]]). Fasa keempat pengaruh asing ialah kemasukan buruh-buruh dari negara [[China]] dan [[India]] untuk memenuhi keperluan ekonomi kolonial yang diciptakan oleh British di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.
 
Pencerobohan [[Empayar Jepun|Jepun]] ketika [[Perang Dunia Kedua]] mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu setelah pentadbiran British di Singapura menyerah kalah secara rasmi terhadap Jepun. [[Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak]] dari tahun 1942 hingga 1945 meningkatkan semangat [[nasionalisme]] dalam kalangan penduduk tempatan (walaupun nasionalisme penduduk tempatan telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi ketika penjajahan British tetapi kebanyakannya digagalkan). Setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas dikalahkan oleh pihak [[Pihak Berikat]], [[Malayan Union]] ditubuhkan pada tahun 1946 oleh pentadbiran British tetapi ekoran daripada penentangan oleh orang Melayu, penubuhan itu disusun semula sebagai [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun 1948 sebagai sebuah [[Negeri naungan|protektorat]] hingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah Melayu, [[Parti Komunis Malaya]] melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menentang British dan ketegangan ini menyebabkan pengisytiharan [[Darurat Tanah Melayu|darurat]] selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960. Tindak balas ketenteraan yang serius terhadap pemberontakan ini serta [[Rundingan Damai Baling 1955|Rundingan Baling]] yang dilaksanakan pada 1955 membawa kepada [[Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu|kemerdekaan di Tanah Melayu]] yang dicapai secara diplomatik pada 31 Ogos 1957 melalui rundingan dengan British. [[Tunku Abdul Rahman]] menyandang jawatan sebagai [[Perdana Menteri Malaysia]] yang pertama ketika itu. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman [[komunis]] semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan di antara Tanah Melayu dengan [[Thailand]]. Pada 16 September 1963, [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]] ditubuhkan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Kira-kira dua tahun kemudian, [[parlimen Malaysia]] meluluskan rang undang-undang tanpa persetujuan penandatangan [[Perjanjian Malaysia|Perjanjian Malaysia 1963]] untuk memisahkan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu. [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia|Konfrontasi dengan Indonesia]] turut berlaku pada awal 1960-an berikutan pembetukan Malaysia. Rusuhan kaum pada tahun 1969 iaitu [[Peristiwa 13 Mei]] membawa kepada pelaksanaan darurat, penggantungan parlimen, penubuhan [[Majlis Gerakan Negara]] (MAGERAN) serta pembentukan [[Rukun Negara]] oleh MAGERAN pada tahun 1970 yang menjadi ideologi kebangsaan bagi mendorong perpaduan dalam kalangan rakyat. [[Dasar Ekonomi Baru]] juga telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang digunakan hingga tahun 1991 bagi membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar tersebut disambung dengan [[Dasar Pembangunan Nasional]] dari tahun 1991 hingga 2000.