KTM Komuter: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32:
'''[[Keretapi Tanah Melayu|KTM]] Komuter''' merupakan satu sistem pengangkutan baru yang memulakan perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di [[Lembah Klang]]. Komuter kini bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari [[Rawang]] ke [[Seremban]] dan dari [[Sentul]] ke [[Pelabuhan Kelang]] dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap hari.
 
Pada permulaan projek kereta api komuter ia berhadapan dengan beberapa halangan disebabkan masalah penyediaan infrastruktur. Berbeza dengan perkhidmatan kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada luar negeri, terutamanya [[India]]. Sepanjang tempoh percubaan berlaku beberapa masalah kecil yang selalunya berpunca daripada aliran kuasa elektrik. Tetapi kini kesemua masalah itu telah dapat diatasi dan komuter merupakan salah satu satu sistem pengangkutan awam yang cukup istimewa di [[Malaysia]] yang dikendalikan oleh syarikat [[Keretapi Tanah Melayu]].
 
==Latarbelakang==