Wikipedia:Kedai Kopi (dasar): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KOKUYO (bincang | sumb.)
Hanamanteo (bincang | sumb.)
k +
Baris 204:
:::Saya anggap sebarang usaha untuk memasukkan atau penggunaan bahasa Indonesia di WBM sebagai satu usaha vandalisme. [[Pengguna:Zamwan|Zamwan]] ([[Perbincangan pengguna:Zamwan|bincang]]) 05:44, 18 Oktober 2020 (UTC)
===Undian===
*Saya {{voteundi|supporty}} berkenaan penggunaan bahasa Melayu baku sebagai piawaian untuk digunakan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Saya pikir, elok kita kuatkuasakan piawaian ini bermula hujung bulan ini (sekiranya sebahagian besar pengguna menyokong) bagi memberi ruang dan tempoh kepada pengguna-pengguna lain yang mungkin mempunyai pandangan berbeza akan usul ini kerana impak piawaian ini sangat besar. Saya akan maklumkan di laman-laman media Wikipedia berhubung tempoh usul penyelarasan piawaian ini. Sila nyatakan sama ada anda menyokong atau menentang usul ini bagi mendapat kata putus. Walau bagaimanapun, usul ini tidak bersifat fana dan mungkin berubah mengikut kesesuaian yang memerlukan sepersetujuan komuniti. -[[User: CyberTroopers|''' CyberTroopers ''']] [[User talk: CyberTroopers|bincang]]/[[Special:Contributions/CyberTroopers|sumbangan]] 09:02, 19 Oktober 2020 (UTC)
*{{voteundi|supporty}} Segalanya telah diterangkan dengan baik oleh {{user|Tofeiku}} dan {{user|CyberTroopers}} berkenaan penetapan ini. Jadi saya bersetuju dengan hanya menetapkan Bahasa Melayu kepada 3 negara utama '''Malaysia''', '''Singapura''' dan '''Brunei'''. Bukannya kami tak pandang komuniti kecil Bahasa Melayu seperti dialek, serumpun (Melayu-Indonesia, Melayu-Pattani), beka, aksen (Melayu-Inggeris) dan naku (Melayu-Tamil), semua perkataan dalam bahasa tersebut boleh digunakan tetapi ada hadnya. Salah satunya seperti yang sudah dinyatakan banyak kali, Indonesia sudah ada wiki tersendiri dan terpisah dari komuniti '''ms''' ini. Sperti yang dikatakan oleh CyberTroopers, usul boleh berubah tetapi semua itu atas '''sepersetujuan komuniti'''. Maaf jika ada pihak yang tidak berpuas hati, tetapi pengharmonian dalam komuniti ini perlu diterapkan secara mendalam. [[Pengguna:SNN95|{{color|white|SNN95}}]] [[Perbincangan Pengguna:SNN95|{{color|white|''Talk to me, beybeh!''}}]] 15:45, 19 Oktober 2020 (UTC)
*{{voteundi|supporty}} - Perkara ini telah dibincang panjang, maka saya rasa saya tidak perlu mengulas dengan lebih lanjut. Namun, saya mahu menekankan bahawa sebagai Wikipedia Bahasa Melayu, kita haruslah mengikut piawaian Bahasa Melayu, iaitu apa yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Keutamaan harus diberi kepada Malaysia, dan seterusnya Brunei dan Singapura jika istilah tersebut tidak wujud dalam Kamus Dewan. Hanya jika istilah itu tidak wujud dalam ketiga-tiga kamus ini, maka barulah kita rujuk kepada dialek-dialek lain seperti Melayu Indonesia, Melayu Pattani, dan termasuklah dialek dalam negara seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, dan sebagainya. Bagaimana kita hendak memelihara bahasa kita jika kita tidak memperkasakannya? Bahasa Indonesia sudah ada kamus mereka sendiri serta Wikipedia mereka sendiri, kita juga ada kamus kita sendiri dan juga Wikipedia kita sendiri. Apakah gunanya penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu jika akhirnya kita menggunakan bahasa asing, walaupun serumpun? Ia ibarat mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab di dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Benar, ada sesetengah istilah seperti Alkamar (Bulan, bahasa Arab) yang wujud di dalam Kamus Dewan. Benar, ada juga istilah seperti Federesyen (persekutuan, bahasa Inggeris) yang digunakan dalam penulisan bahasa Melayu. Namun kita juga mempunyai istilah kita sendiri yang kita mengguna pakai seperti Bulan dan Persekutuan. Pada saya, ia sudah jelas apabila kita menyebut Bahasa Melayu, maka Dewan Bahasa dan Pustakalah yang menjadi rujukan kita, dan sudah jelas bahawa Bahasa Melayu Malaysialah yang dimaksudkan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu saya sekali lagi mengulangi bahawa saya setuju dengan penggunaan Bahasa Melayu Malaysia sebagai piawaian bagi Wikipedia Bahasa Melayu, dan keutamaan turut diberi kepada negara-negara Brunei dan Singapura. '''[[User:EmpAhmadK|EmpAhmadK]]''' - ([[User_talk:EmpAhmadK|talk]]) 22:50, 19 Oktober 2020 (UTC)
*Saya juga {{voteundi|supporty}} berkenaan penggunaan bahasa Melayu baku sebagai piawaian untuk digunakan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Sama-sama kita memperbaiki mutu suntingan kita. Mohon teguran juga daripada semua. [[Pengguna:Zahirulnukman|Zahirulnukman]] ([[Perbincangan pengguna:Zahirulnukman|bincang]]) 23:28, 19 Oktober 2020 (UTC)
*Saya juga {{voteundi|supporty}} dengan dasar baru ms.wiki berkenaan penggunaan Bahasa Melayu baku sebagai piawaian dalam ms.wiki. Saya turut bersetuju dengan {{user|Zahirulnukman}}.–[[Pengguna:Fandi89|Fandi89]] ([[Perbincangan pengguna:Fandi89|bincang]]) 04:59, 20 Oktober 2020 (UTC)
*{{voteundi|supporty}} - Setahu saya bukankah kita semua telah berbincang dengan lanjut mengenai Wikipedia Bahasa Melayu (ms wiki) ini menggunakan '''Bahasa Melayu Piawai''' yang ditetapkan secara rasmi oleh badan bahasa di '''Malaysia, Singapura dan Brunei''' ('''terutamanya Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia''')? Pada waktu sama bukankah sepatutnya Wikipedia Bahasa Melayu ini '''mengutamakan kosa kata sedia ada dalam Bahasa Melayu''' berbanding perkataan serapan berlebihan terutamanya dari Bahasa Inggeris (contohnya "kumpulan" bukannya "grup", "pengenalan" bukannya "introduksi" dan lain-lain)? Minta maaf jika ada pihak yang tersinggung tetapi sememangnya perkara ini telah pun dimaklumkan dalam [[Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai]] sejak awal-awal lagi. Semoga kita semua cakna akan perkara ini dan tidak ada perkara yang sama berulang lagi di masa akan datang --[[Pengguna:Hakimi97|Hakimi97]] ([[Perbincangan pengguna:Hakimi97|bincang]]) 05:17, 20 Oktober 2020 (UTC)
:: Oh ya sebelum saya lupa, saya berpendapat bahawa adalah lebih bagus sekiranya kita mewujudkan '''senarai/jadual istilah transliterasi yang tidak digalakkan penggunaannya''' dalam rencana panduan [[Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai]]. Hal ini mungkin boleh membimbing para Wikipediawan untuk lebih berhati-hati dalam memilih perkataan apabila hendak mengarang rencana Wikipedia? --[[Pengguna:Hakimi97|Hakimi97]] ([[Perbincangan pengguna:Hakimi97|bincang]]) 08:23, 20 Oktober 2020 (UTC)
:::Saya juga setuju dengan cadangan ini, kita patut wujudkan satu laman yang memberi terjemahan yang digalakkan. Ramai yang mengguna istilah seperti "Majlis Apresiasi" atau "Aplikasi Mobile" dan tidak tahu atau tidak terfikir bahawa wujudnya istilah seperti "Majlis Penghargaan" dan "Perisian Peranti Mudah Alih". Harap perkara ini juga dapat dipertimbangkan selepas ini. '''[[User:EmpAhmadK|EmpAhmadK]]''' - ([[User_talk:EmpAhmadK|talk]]) 14:19, 20 Oktober 2020 (UTC)
:::{{@|Hakimi97}} Saya setuju WBM patut menggunakan lebih istilah sedia ada berbanding kata serapan bahasa Inggeris yang baru seperti guna susulan berbanding sekuel. Namun perlu ingat "baku" tidak semestinya bermaksud tidak boleh menggunakan kata serapan dan baku bermaksud bahasa dan istilah yang lazim digunakan dalam konteks rasmi. Contohnya, kedai makan vs restoran, takwim vs kalendar. Ia bergantung kepada konteks dan beberapa faktor. Boleh tambah senarai perkataan yang saudara cadangkan itu di [[Wikipedia:Senarai kesalahan umum ejaan]]. -- [[User:Tofeiku|Tofeiku]][[User talk:Tofeiku|Bincang]] 13:00, 21 Oktober 2020 (UTC)
::::{{@|Tofeiku}} Saya setuju, apa yang saya maksudkan adalah kata serapan boleh wujud tetapi tidak sehingga penggunaannya menjadi terlalu janggal didengari oleh penutur asli bahasa Melayu. Terima kasih atas laman Wikipedia yang telah saudara pautkan, namun adalah lebih baik sekiranya laman ini dapat diberikan penekanan penggunaannya sebagai panduan di masa hadapan. --[[Pengguna:Hakimi97|Hakimi97]] ([[Perbincangan pengguna:Hakimi97|bincang]]) 14:07, 21 Oktober 2020 (UTC)
* {{voteundi|supporty}} - Seperti yang telah dibincangkan di atas. -- [[Pengguna:Polar|Polar]] ([[Perbincangan pengguna:Polar|bincang]]) 12:04, 20 Oktober 2020 (UTC)
* {{voteundi|supporty}} Telahpun lama diketahui bahawasanya bahasa Melayu yang dipakai di WBM ialah bahasa yang dituturkan di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, bukan Indonesia. [[Pengguna:Hanamanteo|Hanamanteo]] ([[Perbincangan pengguna:Hanamanteo|bincang]]) 09:15, 24 Oktober 2020 (UTC)
* {{undi|y}} Sangat bersetuju dengan penggunaan bahasa Melayu baku, malah saya sendiri lebih cenderung jika kata nama khas dapat menggunakan bahasa Melayu baku berbanding bahasa lain (contoh: Universiti XXXXX berbanding Universitas XXXXX). Untuk istilah-istilah di '''Singapura''', boleh lihat laman sesawang https://www.translatedterms.gov.sg/ (''Government Terms Translated'') dan https://www.parliament.gov.sg/parliamentary-business/glossary (Glosari Parlimen Singapura) untuk dijadikan sebagai rujukan. {{tanpatt|26 Ramadan‎}}

== CentralNotice banner for Wikipedia Asian Month 2020 ==