Jabatan Pembangunan Kemahiran: Perbezaan antara semakan
Tambahan maklumat
(Tambahan maklumat) |
|||
Selaras dengan usaha mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia, karnival dan pertandingan kemahiran dianjurkan untuk mempromosi bidang-bidang kemahiran baru dan sedia ada di samping menarik minat lepasan sekolah dan menukar persepsi negatif masyarakat terhadap bidang latihan kemahiran. Justeru, adalah diharapkan masyarakat kini lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.
== Ketua Pengarah ==
* Datuk Dr. Pang Chau Leong
*Nidzam Kamarulzaman
*Zaihan Syukri (2019)
== Visi ==
Peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia.
== Misi ==
Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-Pekerja) yang berdaya saing.
== Objektif ==
# Menyelaras dan mengawal pelaksanaan sistem latihan kemahiran bagi melahirkan k-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
# Membuat penyelidikan dan membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
== Piagam Pelanggan ==
# Melahirkan pekerja mahir bagi menampung keperluan industri negara melalui pentauliahan program latihan kemahiran di pusat bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 90% siap proses pentauliahan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi setiap permohonan.
# Memproses semua permohonan Perakuan dan Pengiktirafan Personel Pusat Bertauliah (Tenaga Pengajar) dan Personel Penilaian dan Verifikasi dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
# Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari.
== Perkhidmatan ==
=== Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ===
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
* Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
* Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah
# Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
# Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN) Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
# Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
==== Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia ====
* Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
* Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
* Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
==== Syarat Kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia ====
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
* Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
* Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. (* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)
== Pejabat JPK Wilayah ==
{| class="wikitable"
|Pejabat Wilayah
|Alamat
|-
|
JPK WILAYAH TENGAH
|Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah,
Kementerian Sumber Manusia,
A301-2, A305-7 &C308, West Tower, Tingkat 3,
Wisma Consplant 2,
No. 7, Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-56359995 | Faks : 03-56388777 / 03-56381113
Email : jpktengah[at]mohr[dot]gov[dot]my
Koordinat : 3.081097,101.583092
|-
|
JPK WILAYAH SELATAN
|Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan,
Kementerian Sumber Manusia
Aras 18, Menara KWSP, Jalan Dato' Dalam
80000 Johor Bahru
Johor
Tel : 07-2226503 | Faks : 07-2226607
Email : jpkselatan[at]mohr[dot]gov[dot]my
Koordinat : 1.461341,103.758648
|-
|
JPK WILAYAH UTARA
|Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara,
Kementerian Sumber Manusia
Lot MZ.03 & MZ.04, Tingkat Mezzanin
Bangunan KWSP, No. 3009,
Off Lebuh Tenggiri 2,
Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
Tel : 04-3809400/1/2 | Faks : 04-3809413
Email : jpkutara[at]mohr[dot]gov[dot]my
Koordinat : 5.394379,100.397739
|-
|
JPK WILAYAH TIMUR
|Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur,
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 6, Wisma MAIDAM
Jalan Banggol
20100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman.
Tel : +609-6265500 | Faks : +09-6265502 / 09-6265503
Email : jpktimur[at]mohr[dot]gov[dot]my
Koordinat : 5.330709,103.13482
|-
|
JPK WILAYAH SARAWAK
|Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak,
Kementerian Sumber Manusia
No.11-01 & 11-02, Level 11
Ariva Gateway Kuching
Jalan Bukit Mata
93100 Kuching
Sarawak
Tel : 082-420257/70/73 | Faks : 082-420278
Email : jpkswk[at]mohr[dot]gov[dot]my
Koordinat : 1.555855,110.352441
|-
|
JPK WILAYAH SABAH
|Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah,
Kementerian Sumber Manusia
Lot A6.2 & A6.3, Tingkat 6
Blok A, Bangunan KWSP,
Jalan Karamunsing
88598 Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 088-270420/413 | Faks : 088-270424
Email : jpksbh[at]mohr[dot]gov[dot]my
Koordinat : 5.967524999999999,116.072493
|}
==Pautan luar ==
* [http://www.dsd.gov.my Jabatan Pembangunan Kemahiran]
*[https://www.myspike.my MySpike]
{{Kerajaan Persekutuan Malaysia}}
|