Jabatan Pembangunan Kemahiran: Perbezaan antara semakan
→Perkhidmatan
* Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
* Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. (* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)
=== Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB) ===
==== Pusat Bertauliah ====
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran, samada institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.
Terdapat 2 kategori Pusat Bertauliah
* Pusat Bertauliah Awam
* Pusat Bertauliah Swasta
==== Program di Tawarkan ====
Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan .
=== Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ===
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:
# Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
# Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).
Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
# Teknikal
# Sosial & Kemanusiaan
# Metadologi & Pembelajaran
SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan ''industry driven'' dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:
# Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
# Syarikat Latihan Dalaman ''(In-house)''
{| class="wikitable"
|Tempoh Latihan
|Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS.
|-
|Nisbah Latihan
|70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan.
|-
|Kaedah Penyampaian
|Lepasan Harian
Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat.
Lepasan Bulanan
Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat.
|-
|Rujukan Standard Latihan
|Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN.
|-
|Persijilan
|Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
# Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3
# Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
# Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
|}
Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:
* Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)
* Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
=== Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ===
==== Apa Itu PPT? ====
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.
==== Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan? ====
Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).
==== Siapa Yang Boleh Memohon? ====
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).
== Pejabat JPK Wilayah ==
|