Jabatan Pembangunan Kemahiran: Perbezaan antara semakan

==== Siapa Yang Boleh Memohon? ====
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).
 
==== Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi? ====
Faedah kepada individu
 
# Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
# Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
# Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.Faedah kepada majikan
 
# Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
# Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
# Meningkatkan imej syarikat Faedah kepada negara
 
# Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
# Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
# Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
# Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara
 
=== National Occupational Skills Standards (NOSS) ===
 
==== Apa Itu NOSS? ====
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja Menilai prestasi pekerja Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing .
 
==== Definisi NOSS ====
Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
 
Ciri-Ciri Utama NOSS
 
# Berasaskan keperluan pekerjaan.
# Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
# Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.
 
==== Kelebihan dan Kegunaan NOSS ====
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.
 
==== Kepentingan Kepada Majikan ====
 
# Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
# Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
# Menilai prestasi pekerja
# Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
# Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing
 
==== Kepentingan Kepada Pekerja ====
 
# Memberi maklumat skop tugas yang jelas
# Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
# Membantu dalam peningkatan kerjaya
# Menjadi penanda aras prestasi kerja
# Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
# Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian
 
==== Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih ====
 
# Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
# Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
# Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
# Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
# Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih
 
== Pejabat JPK Wilayah ==
* [http://www.dsd.gov.my Jabatan Pembangunan Kemahiran]
*[https://www.myspike.my MySpike]
*[http://www.ciast.gov.my Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan]
 
{{Kerajaan Persekutuan Malaysia}}
Pengguna awanama