Astro Arena: Perbezaan antara semakan
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Saluran Astro Arena asalnya merupakan inisiatif [[Kementerian Belia dan Sukan Malaysia|Menteri Belia dan Sukan]], [[Darjah kebesaran Melayu|Dato' Seri]] [[Ahmad Shabery Cheek]] bersama-sama [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM), [[Majlis Olimpik Malaysia]] dan pihak ASTRO untuk merealisasikan satu saluran sukan untuk perkembangan sukan dalam negara melalui televisyen. Seperti yang diketahui umum ketika Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek memegang jawatan [[Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia|menteri penerangan]] beliau pernah menjanjikan satu saluran sukan untuk Malaysia di bawah program pendigitalan RTM iaitu '''RTM Arena''', tetapi setelah beliau ditukarkan untuk menerajui kementerian lain, saluran itu menjadi tanda tanya dan impian beliau untuk merealisasikannya agak kabur disebabkan RTM bukan lagi di bawah kementeriannya.
Jadi dengan melalui Astro sahaja saluran ini menjadi kenyataan melalui beberapa perbincangan antara pihak ASTRO dan MOM. Pada 26 Mac 2010 buat pertama kalinya saluran sukan pertama [[Malaysia]] dilancarkan. '''Astro Arena HD''' pertama kali dilancarkan untuk perlawanan terpilih [[Piala Malaysia 2014]] ,[[Sukan Asia Tenggara 2015]] dan [[Sukan Olimpik Musim Panas 2016]] di [[Rio de Janeiro]] kemudian secara rasmi pada 1 September 2016.
==Ranking==
|