8 Jam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tambah ayat-ayat tipo lagi.
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
Alang membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri dari kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai saudara-mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan rakan-rakan sebayanya yang lain dek cara kehidupannya yang terdahulu namun muncul Julia yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur sehingga belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus pertengahan jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan nombor telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang geram telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan.
 
Geng-geng Ah Long menganggu Alang dan Julia untuk mendapatkan hutang kepada Ah Long semasa mereka makan tetapi dibelasah oleh Alang. Alang melarikan diri daripada geng-geng tersebut tetapi seorang budak samseng Thailand ([[:th:ไซม่อน กุ๊ก|Simon Kook]]) menghalang Alang. Alang menyelamatkan Julia apabila mereka meragutkan beg Julia. Alang menghantar Julia ke klinik. Alang meminta maaf kepada Julia atas kesalahan itu. Insiden yang menyebabkan pergaduhan berlaku antara Alang dengan geng-geng tersebut. Budak samseng Thailand itu kembali untuk memburu Alang. Alang membalas balik serangan terhadap budak samseng itu semasa dia mencederakan Julia. Alang membelasah mukanya sehingga budak samseng itu separuh mati, tetapi dia dihalang oleh Julia daripada meneruskan perbelasahannya itu. Alang menangis lalu menikam belakang Julia. Selepas mengimbas kembali, Alang menangis lagi dan kemudiannya Alang digantung sampai mati.
 
== Pelakon ==
Baris 39:
* [[Eizlan Yusof]] sebagai En. Akhirruddin Yaakob
* [[Aziz Singah]] sebagai Hakim
* [[:th:ไซม่อน กุ๊ก|Simon Kook]] sebagai Samseng Thailand
 
==Trivia==