Embun (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Baris 41:
 
==Sinopsis==
Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun ([[Umie Aida]]), bersama abangnya Bayu ([[Hani Mohsin]]) serta kekasihnya, Leftenan Koishi ([[Aqasha]]). Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita [[Melayu]] yang mempunyai semangat pembebasan dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama [[Kesatuan Melayu Muda]] di [[Bayan Lepas]], [[Pulau Pinang]], Embun berpendapat bahawa kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang Melayu dari cengkaman [[Malaya British|penjajah Inggeris]]. Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, [[Ibrahim Haji Yaakob]] serta anak asuhan Dr [[Burhanuddin Al-Helmy]]. Mereka dengan senangnya mempercayai slogan "Asia Untuk Asia" dan "Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya" yang dilaungkan [[Empayar Jepun|pemerintah Jepun]].
 
Suatu hari, setahun selepas kedatangan pihak Jepun, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa ([[Ahmad Tarmimi Siregar]]) untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenan Akishi ([[Izi Yahya]]) dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian penyeksaan itu lalu menyelamatkan Embun. Embun semakin sedih apabila ayahnya, Pak Harun ([[Rahim Razali|Dato' Haji Rahim Razali]]) dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.