Ujian lumuran Pap: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k pengemasan, tambah kategori WPPER
Baris 1:
{{Perubatan}}
'''Ujian lumuran Pap''' (''Pap smear test'') merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan [[barah pangkal rahim]] (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.
 
Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian ''colposcopy'' untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil ''cervical intraepilhelial neoplasia'' (CIN).
Baris 9:
Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. [[Georgios Papanikolaou]] ([[1883]]-[[1962]]), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada [[sitopatologi]].
 
Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk ''Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear'' (Papanicolaou & Traut, [[1943]]). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.
 
== Cara ==
Baris 16:
 
== Keputusan ==
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.
 
Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan. Justeru, wanita yang tidak menjalani ujian tidak akan mengetahui mereka sebenarnya di ambang bahaya mendapat barah pangkal rahim.
 
Dianggarkan lima sehingga tujuh peratus sapuan Pap menghasilkan keputusan tidak normal, seperti [[dysplasia]], keadaan berkemungkinan pra-barah. Kebanyakan dari keadaan ini bukannya disebabkan [[barah pangkal rahim]], tetapi ia merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan perlu dilakukan.
 
Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan dipantau sehinggalah disahkan benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua tahun; bergantung kepada keadaan setiap pesakit.
Baris 28:
==Pautan luar==
* [http://web.archive.org/20040301061600/www.geocities.com/alam_penyakit/UjianPAPSmear.htm Ujian Pap Smear]
* [http://www.brooksidepress.org/Free/Pap_Smear_Video.htm Video ujian lumuran PAP. Untuk pengguna matang sahaja.)]
 
 
[[Kategori:Ginekologi]]
[[Kategori:Onkologi]]
[[Kategori:WPPER]]