Sōmen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
==Teknik pembuatan==
Adunan sōmen dibuat dari tepung gandum yang diadun bersama air garam. Adunan dibentuk menjadi seutas mi tebal yang tidak terputus. Mi direntangkan beberapa kali untuk membentuk seutas mi yang semakin lama semakin tipis. Sebelum direntangkan, mi diberi sedikit minyak masak seperti [[minyak kapas]], serta ditabur dengan tepung gandum atau tepung lain. Mi direntangkan dengan cara dililitkan ke dua batang tongkat kayu dan ditarik. Begitulah seterusnya hingga dihasilkan berlembar-lembar mi antara kedua batang tongkat itu. Setelah selesai, mi digantung dan ditarik untuk mendapatkan diameter mi sesuai piawai. Dalam keadaan tergantung dan terentang seperti tirai, mi "dimasak" (dikeringkan) dalam udara terbuka musim sejuk yang kering.
 
Setelah terbentuk, sōmen kering sangat tahan lama disimpan dan sukar berkulat jika dibandingkan mi jenis lain. Sebahagian orang berpendapat bahawa rasa sōmen yang sudah lama disimpan menjadi semakin enak kerana kadar minyak yang terkandung di dalamnya sudah menurun. Sebaliknya, sebahagian orang tidak menyukai sōmen yang telah lama disimpan kerana kandungan minyak sudah [[oksida|teroksida]].
 
==Cara menghidangkan==