Rudy Giuliani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 36:
Seorang ahli [[Parti Demokrat (Amerika Syarikat)|Demokrat]] dan [[Ahli politik bebas|bebas]] pada 1970-an, dan seorang ahli [[Parti Republikan (Amerika Syarikat)|Republikan]] sejak 1980-an, Giuliani berkhidmat dalam [[:en:United States District Court for the Southern District of New York|Pejabat Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York]], kemudian [[Peguam Negara Amerika Syarikat|Peguam Negara]]. Beliau menjadi pendakwa dalam sebilangan kes terkemuka, termasuk [[kongsi gelap]] dan [[ahli kewangan]] [[Wall Street]].
 
Giuliani berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York selama dua penggal. Jasa beliauBeliau dikenang selama tempoh kerana melaksanakan inisiatif peningkatan taraf hidup warga kota dengan pengurangan kadar jenayah. Beliau bertanding untuk [[Senat Amerika Syarikat]] pada tahun 2000 tetapi menarik diri kerana didapati menghidap [[kanser prostat]] serta pendedahan tentang kehidupan peribadinya. Giuliani meraih perhatian dunia kerana kepimpinannya semasa dan selepas [[serangan 11 September 2001|serangan pengganas]] ke atas [[World Trade Center]] pada 11 September 2001. Atas jasa itu, beliau dikurniakan [[Darjah kebesaran United Kingdom|pangkat kesatria kehormat]] oleh [[Elizabeth II dari United Kingdom|Ratu Elizabeth II]] pada tahun 2002.
 
Setelah tamat khidmatnya sebagai , Giuliani mengasaskan Giuliani Partners, sebuah perniagaan rundingan keselamatan; membeli Giuliani Capital Advisors (kemudian dijual), sebuah firma [[perbankan pelaburan]]; dan menyertai [[firma guaman]] Bracewell & Giuliani. Giuliani bertanding untuk menjadi calon Parti Republika pada [[pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008]]. Sungguhpun menerajui tinjauan negara sepanjang tahun 2007, namun pencalonannya goyah pada akhir tahun; prestasi beliau kurang memberangsangkan dalam kokus dan primari pada Januari 2008 dan menarik diri daripada bertanding. Giuliani pernah mempertimbangkan untuk bertanding untuk Gabenor dan Senator pada tahun 2010, tetapi memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaannya. Giuliani sedang mempertimbangkan untuk bertanding dalam [[pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2012]].
 
Beliau menyertai pasukan hakim mewakili [[Donald Trump]] pada tahun 2018. Pada November 2020, beliau diamanahkan Trump untuk melaksanakan kes mencabar keputusan [[pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020]] yang memenangkan [[Joe Biden]].<ref>{{cite web|url=https://www.msn.com/en-gb/news/world/trump-puts-personal-lawyer-rudy-giuliani-in-charge-of-all-election-lawsuits/ar-BB1b0rET|title=Trump puts personal lawyer Rudy Giuliani in charge of all election lawsuits |publisher=The Independent|date=14 November 2020|accessdate=14 November 2020}}</ref>
 
==Rujukan==