Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
gerakan april-jun 2020
Baris 119:
 
Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2020, Gerakan telah menjemput Perdana Menteri yang ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Kanan, Azmin Ali. Kehadiran mereka amat bermakna kerana ia adalah tradisi Gerakan untuk menjemput Perdana Menteri ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PGRM setiap tahun walaupun parti Gerakan bukan ahli gabungan pemerintah. Pada 24 Mac 2020, Gerakan menyambut ulang tahun ke-52 parti berikutan penubuhannya. Walau bagaimanapun, sambutan itu dibatalkan kerana penularan wabak COVID-19 adalah sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) kerajaan. Gerakan juga melancarkan kempen "Satu Hati & Lawan COVID-19" untuk mempromosikan perjuangan menentang koronavirus dengan mendermakan sumber kepada pihak barisan hadapan. Selain itu, Gerakan juga telah mengedarkan topeng muka percuma, botol air mineral dan hand sanitizer kepada orang ramai berhubung dengan COVID-19.
 
Pada bulan April 2020, Gerakan telah merangka kerta cadangan Prosedur Kendalian Standard ''‘Back to Work’'' yang menyenaraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk membantu organisasi kembali beroperasi susulan pandemik COVID-19. Pada bulan yang sama juga, Gerakan telah melancarkan ''Platform B for B (Business for Business)'' untuk membantu usahawan tempatan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Inisiatif ini berfungsi sebagai platform penasihat perniagaan yang bertujuan untuk persekitaran yang kolaboratif dalam perniagaan di Malaysia.
 
Selaras dengan kemelut ekonomi akibat pandemik ini, Gerakan telah mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan dalam usaha membantu rakyat mengatasi impak COVID-19 kepada kitaran sosial ekonomi. Ini juga termasuk melanjutkan tempoh moratorium sebagai usaha mengurangkan beban kewangan rakyat. Kenaikan bil elektrik yang mendadak ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini juga membimbangkan ramai pihak dan Gerakan bertindak dengan menghantar surat aduan kepada Tenaga Nasional Berhad agar meneliti semula tarif elektrik.  
 
Dalam pada itu, Gerakan mengedarkan pek makanan percuma kepada penghantar makanan sebagai tanda penghargaan ke atas perkhidmatan mereka kepada masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk membantu golongan B40, Gerakan telah melancarkan “Projek Meja Komuniti” dengan menyediakan catuan makanan kering. Program ini diadakan secara berperingkat di seluruh Malaysia sebagai usaha membantu golongan berpendapatan rendah.  
 
Satu lagi program yang perlu direkodkan adalah ''Gerakan Coffee Talk'' yang diadakan secara atas talian untuk membincangkan topik-topik semasa terutamanya yang berkaitan dengan sosial politik. Ia bermula dengan bicara ''509 Anniversary, what lies ahead?'' pada 5 Mei 2020 kemudian ''“Back to the Roots”'' bersama Dr. Sharifah Munirah Alatas dan Dr. Syed Farid Alatas dan beberapa siri bicara yang lain. Program ini direka khas untuk ahli parti.
 
Pada bulan Mei 2020, Gerakan telah mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda menghormati usaha beliau dalam membawa negara memerangi wabak COVID-19 dan inisiatif – inisiatif yang berpaksikan kerakyatan yang diambil oleh beliau terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
 
Pada 4 Jun 2020, Gerakan melancarkan kempen ‘Demi Rakyat GERAKAN Berjuang, Bersatu Hati dan Setia Berkhidmat’ untuk membantu golongan B40, masyarakat kelainan upaya, ibu tunggal serta warga emas di Malaysia yang terkesan dengan “norma baharu” diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah berlangsung selama 78 hari. Parti Gerakan Rakyat Malaysia sedar bahawa ramai telah kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji akibat pandemik ini. Oleh itu, parti telah bersetuju untuk mengagihkan lebih daripada 5000 bungkus barangan keperluan asas yang terdiri daripada beras 5kg, sepapan telur (yang mengandungi 30 biji) dan barang keperluan harian yang lain. Ia seiring dengan ideologi Gerakan yang berjuang untuk membela nasib rakyat dan anggota di peringkat akar umbi. Program ini telah diadakan di pejabat perhubungan parti di Pulau Pinang serta di tempat lain yang terkesan seperti Bukit Bendera, Bayan Baru, Jelutong, Bukit Gelugor, Tanjong, Batu Feringgi dan Bukit Mertajam.
 
Sebagai aktiviti lanjutan, Gerakan telah menganjurkan lagi beberapa sesi ''Coffee Talk'' bersama beberapa jemputan seperti Dr. Lau Tze Wei yang bertajuk ''‘Road to Revival’'' pada 13 Jun dan juga bersama Cik Ivlynn Yap Cheng Theng yang bertajuk ''‘Communication Strategies in Politics’'' pada 20 Jun.
 
Pada 20 Jun 2020, Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah menyatakan sokongan kepada calon BN, iaitu Mohd Sharim Md Zain untuk Pilihanraya Kecil di Chini yang berlangsung pada 4 Julai. Pada hari yang sama juga, Gerakan mengaktifkan jentera mereka sebagai persiapan untuk pilihanraya umum yang akan datang. Selaras dengan itu, mereka merancang untuk menubuhkan mekanisme jurucakap dalam kluster yang berbeza yang dikenali sebagai 5E.
 
Manakala bagi pendidikan peringkat sekolah menengah, Gerakan telah melancarkan kelas tuisyen atas talian secara percuma pada 24 Jun 2020 untuk pelajar yang bakal menduduki SPM di seluruh negara. Program ini akan diadakan secara berterusan dan Gerakan menggalakkan agar ramai pelajar menyertai kelas ini. Kelas tuisyen diadakan melalui aplikasi ''zoom,'' dan diajar oleh guru-guru yang berpengalaman untuk membantu calon-calon SPM yang jauh ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka ekoran pandemik COVID-19.
 
Antara kemuncak agenda parti pada bulan Jun, termasuklah penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, YB. A. Sivasubramaniam ke dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada 26 Jun. Sebagai nota tambahan, pada bulan Mac yang lalu, YB. A Sivasubramaniam telah keluar dari DAP untuk menjadi wakil bebas dan diikuti dengan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan. Berikutan dengan penyertaannya, ramai anggota DAP Buntong telah meninggalkan parti mereka untuk menyertai Gerakan.
 
== Barisan kepimpinan ==