Perbezaan antara semakan "Tok Gajah"

56 bait ditambah ,  5 bulan lalu
k
tiada ringkasan suntingan
(Letak template {{Tempat Bersejarah Terengganu}})
k
 
[[Fail:Tok_gajah.jpg|thumb|right|Ilustrasi Tok Gajah.]]
'''Rasul Abdul Salam bin Shahrom ''' atau juga dikenali sebagai '''Tok Gajah''', Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah [[Orang Besar Raja]] [[Pahang]] dengan gelarannya ialah Imam Perang Indera Gajah Pahang (setara dengan Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan - bergajah tunggal). Beliau juga merupakan penasihat utama [[Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali|Sultan Ahmad Muazzam Shah]], [[Sultan Pahang]] dalam segala hal yang berkaitan dengan [[Hulu Pahang]], iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari [[Pulau Tawar]]. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan [[Batu Redap]] sampai ke [[Kuala Piul]], kawasan dari [[Tanjung Sakti]] sampai ke [[Kangsa]], kawasan dari [[Pedah]] hingga ke [[Tanjung Lindung]] dan juga [[Lembahan Sungai Budu]] di [[Lipis]]. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat dan Orang Besar Berlapan di Pahang.