Amyza Aznan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 24:
Anak sulung daripada lima beradik ini yang terdiri daripada Zulkifly, Siti Jamiyyah, Nor Abdah dan Nurul Najwa Sabrina ini lahir pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka. Bapanya, Aznan Ibrahim seorang anggota polis sementara ibunya, Khadijah Mohd. Iderus seorang suri rumahtangga. Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Gelaran 'kudut', keding, Mak enon dan Becok memang sudah dikenali ramai. Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Kerana kelebihan itu Amyza kini menempa nama sebagai pelakon komedi yang disukai ramai.<ref>{{cite web|url=http://www.myartis.com/2011/10/17-gambar-nostalgia-amyza-aznan.html|title=Gambar nostalgia Amyza Aznan|publisher=MyArtis|date=28 Oktober 2011|accessdate=29 Oktober 2011|archive-url=https://web.archive.org/web/20200419085821/http://www.myartis.com/2011/10/17-gambar-nostalgia-amyza-aznan.html|archive-date=19 April 2020}}</ref> Ketika berusia 8 tahun, Amyza sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan, kebetulan satu sekolah dengan penyanyi [[Anuar Zain]] dan pengacara TV Anne Hamid.
 
==adi==
==Kehidupan peribadi==
Amyza pernah menjalinkan hubungan dengan Badrul Izhan Yeop Abdullah, penyanyi kumpulan [[Indigo]] pada 1998 hingga mereka putus di tengah jalan pada 2001. Kisah putus cinta mereka mencetuskan kontroversi kerana Bard mengalami kemurungan hingga ditahan di hospital.<ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_10.htm|title=Bad dan Elle harap sinar bahagia|author=Niezam Abdullah|date=30 Disember 2007|accessdate=11 Julai 2008|archive-url=https://web.archive.org/web/20180612145204/http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_10.htm|archive-date=12 Jun 2008}}</ref> Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan pegawai [[Petronas]] Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan tiga cahayamata Andre Mikhail (lahir 2006), Andrian Adam (2008) dan Ayden Andika (2014).<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2014/11/15913/amyza-aznan-lahir-anak-ketiga|title=Amyza Aznan lahir anak ketiga|author=Zaidi Mohamad|publisher=[[Berita Harian]]|date=5 November 2014|accessdate=11 Julai 2015}}</ref> Amyza dan suami menang naib juara pertandingan realiti amal tarian [[Sehati Berdansa]] pada tahun 2009.
 
==Filemografi==