Sumpah (lagu Naim Daniel): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Umpama (bincang | sumb.)
Umpama (bincang | sumb.)
Baris 29:
 
===Hak cipta dan pemilikan bersama===
Tidak lama selepas dinobatkan sebagai Juara Lagu di [[Anugerah Juara Lagu ke-34]], "Sumpah" menjadi subjek kontroversi antara [[Naim Daniel]] dan [[Dayana Amerda]].<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2020/02/549734/naim-tak-terkesan-dengan-kontroversi-sumpah|title=Naim tak terkesan dengan kontroversi Sumpah|author=Ridzuan Abdul Rahman|publisher=[[Harian Metro]]|date=26 Februari 2020|accessdate=7 Mac 2020}}</ref> Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini keramakerana Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya menamakan dirinya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu itu.<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/02/657275/dayana-beri-tempoh-seminggu-naim-mahu-bukti|title=Dayana beri tempoh seminggu, Naim mahu bukti|author=Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Salehuddin|publisher=[[Berita Harian]]|date=20 Februari 2020|accessdate=7 Mac 2020}}</ref> Bagaimanapun, Naim dan pengurusannya, World Peace kemudian membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau ialah pencipta bersama "Sumpah". Namun, kenyataan balas Naim diketakan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim menafikan hak Dayana sebagai pemilik bersama lagu itu.<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/02/657576/naim-pertahan-mahu-bukti-keluarga-dayana-tersinggung|title=Naim pertahan mahu bukti keluarga Dayana tersinggung|author=Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Sallehuddin|publisher=[[Berita Harian]]|date=20 Februari 2020|accessdate=7 Mac 2020}}</ref>
 
World Peace telah menegaskan bahawa lagu "Sumpah" kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan bahawa Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau ialah pencipta bersama lagu tersebut.<ref>{{cite news|url=http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sumpah-kekal-milik-naim-daniel-231248|title='Sumpah' kekal milik Naim Daniel|author=Asyraf Roslan|publisher=[[Astro Awani]]|date=19 Februari 2020|accessdate=7 Mac 2020}}</ref> Naim dalam temubual bersama ''[[Harian Metro]]'' pada Julai 2019 dilaporkan berkata pertikaian lagunya telah selesai sebelum Dayana membangkitkan semula isu itu pada awal 2020.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2019/07/475084/pertikaian-lagu-sumpah-dah-selesai-naim-daniel|title=Pertikaian lagu Sumpah dah selesai - Naim Daniel|author=Mohd Helmi Irwadi Mohd Noor|publisher=[[Harian Metro]]|date=13 Julai 2019|accessdate=7 November 2019}}</ref> Berikutan isu perebutan hakcipta Naim dan Dayana, ramai pihak mendesak agar kemenangan Naim di AJL34 ditarik balik.