Istana Balai Besar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 11:
Sepanjang Istana ini menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Kelantan, beberapa tambahan telah dilakukan pada Istana Balai Besar seperti pada bahagian hadapan dan balai penghadapan iaitu pada masa pemerintahan Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan bentuk asal reka bentuk Istana yang unik ini.
 
Istana Balai Besar dibina oleh tukang yang mahir di Kelantan pada waktu itu.  Ia diketuai oleh Muhamad Salleh seorang tukang yang berasal daripadadari Terengganu dan menetap di Kampung Kangkong, dalam jajahan Pasir Mas. Beliau satu-satunya orang yang mahir dalam pertukangan dan membuat ukiran pada masa itu.
 
Istana dua tingkat ini menjadi tempat berlangsungnya segala upacara seperti pertabalan, kemahkotaan dan lain-lain. Ia juga merupakan suatu institusi yang mengekalkan sumber adat resam Melayu. Di ruang dalam istana ini terdapat singgahsana tempat bersemayam, Dewan Penghadapan dan tempat persandingan.