Parameswara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mengembangkan rencana
Baris 60:
''Sulalatus Salatin'' mengisahkan legenda yang mana, sewaktu berehat dalam teduhan [[pokok melaka]], Parameswara menyaksikan seekor [[pelanduk]] menghambat anjing pemburunya sehingga terjun ke dalam air. Titahnya, "Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah
oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?"<ref name="A. Samad 1979 70–71">{{harvnb|A. Samad|1979|pp=70–71}}</ref> Menurut kisah turun-temurun, petempatan yang bergelar Melaka dinamakan sempena pokok yang diduduki oleh Parameswara sewaktu menyaksikan peristiwa yang membawa alamat tuah. Kini, terdapat pelanduk dan pokok melaka dalam jata negeri [[Melaka]]. Satu lagi kisah asal-usul nama Melaka datang dari zaman pemerintahan [[Sultan Muhammad Shah, Melaka|Muhammad Syah]] (1424–1444), apabila saudagar Arab datang menggelar negeri itu dengan nama 'Malakat' (iaitu 'perhimpunan saudagar' dalam bahasa Arab) kerana di situlah tinggalnya banyak masyarakat saudagar.
 
===Hubungan dengan China===
Hubungan antara negara Melaka dan Cina bermula pada awal abad ke-15<ref name="Search - Malacca">{{harvnb|Wade|2005|p=[http://www.epress.nus.edu.sg/msl/search/?q=Malacca Search - Malacca]}}</ref> apabila Parameswara melakukan beberapa kunjungan menghadap [[Maharaja Yongle]]. Pada 1403, utusan dagang rasmi pertama Cina yang diketuai oleh Laksamana Yin Qing tiba di Melaka. Kemudian, Parameswara diiringi oleh Laksamana [[Zheng He]] dan lain-lain utusan untuk menjayakan kunjungan rasmi. Dengan menjalin hubungan dengan kerajaan [[Dinasti Ming|Ming]] di Cina, Melaka memperoleh perlindungan daripada serangan-serangan dari [[Siam]] dan [[Majapahit]] di samping diangkat sebagai [[negeri naungan]] Cina. Ini mendorong pembangunan Melaka sebagai persinggahan dagang utama di sepanjang laluan dagang antara Cina dan [[India]], [[Timur Tengah]], [[Afrika]], dan [[Eropah]].
 
Pada 1411, Parameswara bersama isterinya dan 540 orang pegawai dari Melaka mengunjungi negara Cina untuk menyembahkan penghormatan kepada [[Maharaja Yongle]] (r. 1402–1424). Setibanya di situ, mereka dialu-alukan dengan majlis gilang-gemilang siap dengan upacara pengorbanan haiwan. Perjumpaan bersejarah antara Parameswara dan Maharaja Yongle jelas tercatat dalam babad Ming:<ref>{{harvnb|Wade|2005|p=[http://www.epress.nus.edu.sg/msl/entry/1730?hl=Malacca 786]}}</ref>
 
{{cquote|Wahai Raja (Parameswara), anda telah merentas lautan dari jauh ke ibu kota dengan yakin tanpa sebarang khuatir, kerana Tuhan telah menyelamatkan diri anda yang taat setia dan tulus ikhlas. Beta (Yongle) berbesar hati dapat mengenali anda. Alangkah baiknya jika anda dapat terus menginap di sini. Namun begitu, rakyat anda rindu kepada anda, maka anda harus pulang untuk mengubati rindu mereka. Cuaca sudah semakin sejuk, anginnya pun sesuai untuk berlayar ke selatan. Masanya sudah tiba. Makanlah puas-puas sepanjang perjalanan, dan jaga diri baik-baik untuk mengenang keprihatinan beta. Kini beta mengurniakan kepada anda sabuk jed bersalut emas seutas, alat kebesaran sebentuk, kuda berpelana sepasang, emas 100 tahil, perak 500 tahil, wang kertas 400,000 untai, wang tembaga 2,600 untai, kain dan kasa sutera halus bersulam 300 gulung, sutera nipis 1,000 gulung&nbsp;...}}Menurut catatan Cina lagi, pada 1414, putera sulung Parameswara berangkat ke negara Cina untuk menyembah maklum tentang kemangkatan ayahandanya. Dipercayai bahawa Parameswara dikebumikan di puncak bukit berdekatan [[Tanjung Tuan]]. Tampuk pemerintahan Parameswara diwarisi oleh [[Megat Iskandar Shah|Megat Iskandar Syah]] yang memerintah Melaka sehingga tahun 1424. Juga didakwa bahawa Parameswara sebenarnya dikebumikan di [[Bukit Larangan]], Singapura, malah ada juga yang percaya bahawa baginda [[Pembakaran mayat|diabukan]] sesuai dengan adat Hindu.
 
==Agama==
Parameswara pada mulanya merupakan penganut agama Hindu, seperti yang digambarkan oleh gelaran Sanskritnya. Gelaran Parsi, Iskandar Shah yang digunakan dalam ''Sulalatus Salatin'', dan juga pertikaian mengenai sama ada Parameswara dan Iskandar Syah adalah orang yang sama, menimbulkan satu tebakan bahawa Parameswara pernah memeluk agama Islam dan mengambil gelaran baharu. Pada tahun 1409, ketika berusia 65 tahun, Parameswara diceritakan menikahi seorang puteri [[Pasai]] lalu mengambil gelaran Iskandar [[Syah]].<ref name="mansor">{{cite book |last1=Mansor |first1=Suffian |last2=Sundara Raja |first2=Sivachandralingam |last3=Mohd Noor |first3=Arbaiyah |last4=Mohd Rus |first4=Ahmad Kamal Ariffin |title=Sejarah dan Kesarjanaan |date=2014 |publisher=University of Malaya Press |isbn=978-967-0380-40-7 |pages=34}}</ref> Bagaimanapun, [[Tomé Pires]] terang-terang menyebut bahawa takhta Parameswara diwarisi oleh [[Megat Iskandar Shah|Megat Iskandar Syah]] (ditulis "Chaquem Daraxa") yang hanya memeluk agama Islam pada usia 72 tahun. Catatan ''[[Sejarah Ming Shilu]]'' dari China juga memperakui Megat Iskandar Syah sebagai putera Parameswara.<ref name="wang"/> Putera ini hanya disebut "Raja Besar Muda" dalam ''Sulalatus Salatin'' yang juga menyatakan bahawa raja ketigalah iaitu [[Sultan Muhammad Shah, Melaka|Muhammad Syah]] menjadi pemerintah Muslim pertama Melaka yang dipanggil untuk memeluk agama Islam dalam mimpi. Para pengkaji percaya bahawa Parameswara dan Raja Besar Muda diberi gelaran yang sama, masing-masing dipanggil Seri Iskandar Syah dan Megat Iskandar Syah.<ref name=Wake>{{cite journal| author=Christopher H. Wake| title=Malacca's Early Kings and the Reception of Islam |journal=Journal of Southeast Asian History |volume=5 |issue=2 |date=1964 |pp=104–128 |jstor=20067505 |postscript=, Papers on Early South-East Asian History.}}</ref> Berdasarkan catatan Melayu, Portugis, dan Cina, Christopher Wake membuat kesimpulan bahawa Parameswara tidak pernah memeluk agama Islam tetapi sebaliknya diberi gelaran [[anumerta]] Iskandar Shah.<ref name=Wake/> Biarpun dipertikaikan bila sebenarnya Melaka mula diislamkan, namun rata-ratanya sebulat bahawa Islam sudah pun mantap menjelang pemerintahan [[Sultan Muzaffar Shah]].<ref name="Ahmad Sarji 2011 116">{{harvnb|Ahmad Sarji|2011|p=116}}</ref>
 
== Lihat juga ==