TV AlHijrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 44:
Setelah memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula pada jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, TV AlHijrah kemudiannya dilancarkan secara rasmi pada 1 Muharram 1432H iaitu bersamaaan 7 Disember 2010 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri [[Mohd Najib bin Abdul Razak]]. Acara perasmian gilang gemilang ini disiarkan secara langsung di saluran terestrial nasional TV AlHijrah.
 
Pada awalnya, TV AlHijrah hanya boleh ditonton di lima kawasan sahaja iaitu di [[Lembah Klang]], [[Terengganu]], [[Mersing]], [[Sabah]] dan [[Sarawak]]. Penambahbaikan dilakukan dan kemudiannya TV AlHijrah memasuki platform [[Astro]] bermula 1 Jun 2011. TV AlHijrah memilih saluran 114 (SD) di [[Astro]] sebagai simbolik kepada 114 surah yang terdapat di dalam kitab suci [[Al-Quran]]. Bukan itu sahaja, Siarannya telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
 
Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti [[Iran]], [[Indonesia]], [[Turki]], [[Palestin]] dan [[Belanda]]. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.