Taoyuan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox settlement | name = Bandaraya Taoyuan | official_name = | native_name = {{lang|z...'
Teg: Suntingan sumber 2017
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:13, 25 November 2020

Taoyuanmerupakan sebuah bandar raya tadbiran langsung (atau perbandaran khas) yang terletak di bahagian barat laut Taiwan, bersebelahan dengan Bandar Taipei Baru, Jajahan Hsinchu, dan Jajahan Yilan. Pusat pentadbirannya terletak di Daerah Taoyuan yang membentuk sebuah kawasan metropolitan bersama Daerah Zhongli. Taoyuan berkembang daripada bandar satelit di kawasan metropolitan Taipei kepada kawasan metropolitan keempat terbesar dan bandar kelima paling ramai penduduk di Taiwan. Kemudahan berulang-alik dalam lingkungan metropolitan Taipei menyebabkan pertumbuhan penduduk yang amat pesat di Taoyuan.

Bandaraya Taoyuan
桃園市[I]
Tōen, Toahong
Dari kiri ke kanan, atas ke bawah: Pesawat penumpang China Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, daerah Taoyuan, Pelabuhan Perikanan Yong'an, Stesen HSR Taoyuan, seni bina Baroque di Jalan Daxi Lama, Takungan Shihmen, Air Terjun Wulai Kecil
Dari kiri ke kanan, atas ke bawah: Pesawat penumpang China Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, daerah Taoyuan, Pelabuhan Perikanan Yong'an, Stesen HSR Taoyuan, seni bina Baroque di Jalan Daxi Lama, Takungan Shihmen, Air Terjun Wulai Kecil
Bendera Bandaraya Taoyuan
Mohor rasmi Bandaraya Taoyuan
Map
Location of Bandaraya Taoyuan
Koordinat: 24°59′28.6″N 121°18′51.58″E / 24.991278°N 121.3143278°E / 24.991278; 121.3143278Koordinat: 24°59′28.6″N 121°18′51.58″E / 24.991278°N 121.3143278°E / 24.991278; 121.3143278
Negara Republik China
PusatDaerah Taoyuan
Daerah
Pentadbiran
 • Badan
Keluasan
 • Bandar raya tadbiran langsung1,220.95 km2 (471.41 batu persegi)
 • Bandar
1,140 km2 (440 batu persegi)
 • Pemeringkatan14 of 22
Penduduk
 (Oktober 2019)[3]
 • Bandar raya tadbiran langsung2,245,059
 • Pemeringkatan5 / 22
 • Kepadatan1,800/km2 (4,800/batu persegi)
 • Bandar8,535,000
 • Kepadatan bandar7,500/km2 (19,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Nasional)
Poskod
320-338
Kod ISO 3166TW-TAO
BurungTiung Biru Formosa (Urocissa caerulea)
BUngaPic
PokokPic
Laman sesawangwww.tycg.gov.tw (dalam bahasa Inggeris)
  1. ^ Merujuk kepada kawasan perbandaran Taipei-Taoyuan.
Taoyuan City
Cina Tradisional: 桃園
Cina Ringkas: 桃园

"Taoyuan" dalam bahasa Cina bermaksud "kebun buah pic" kerana pernah terdapat banyak pokok pic di kawasannya. Di sinilah terletaknya sebilangan besar taman perindustrian dan ibu pejabat syarikat teknologi, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang melayani ibu kota Taipei dan seluruh Taiwan utara.

Bandaraya Taoyuan dinaiktaraf daripada Jajahan Taoyuan kepada bandar raya tadbiran langsung pada tahun 2014. Pada masa yang sama, bandar Taoyuan yang dahulunya ditadbir oleh jajahan, turut dinaiktaraf kepada Daerah Taoyuan di dalam perbandaran baharu.[5]Templat:Deprecated inline

Sejarah

Prasejarah

Aktiviti berbudaya terawal setempat ditandakan oleh Tapak Arkeologi Jianshan di Daerah Dayuan (大園尖山遺址) yang didapati pernah mengamalkan budaya Neolitik. Ia merupakan tempat warisan kaum-kaum Peribumi Dataran, khususnya suku Ketagalan dan Taukat (Taokas). Di samping itu, juga terdapat beberapa kawasan aktiviti Atayal yang berdekatan。

Pemerintahan Belanda dan Ming

 
Peta bahagian Tamsui dalam rekod sejarah pemerintahan Taiwan,terdapat nama-nama tempat seperti Nankan, Daxi, dan Xiaoli.

Dipercayai bahawa kawasan Taoyuan paling awal dijajah pada zaman Koxinga. Pada tahun 1626, penjajah Sepanyol mula menembusi Lembangan Taipei, diikuti penjajah Belanda pada tahun 1642, tetapi masing-masing tidak menyentuh kawasan Taoyuan. Pada tahun 1661,Koxinga mengalahkan Belanda lalu menjadikan Taiwan sebagai pangkalan untuk membangkitkan semula Dinasti Ming Selatan,di mana kawasan Taoyuan terletak di dalam lingkungan Wilayah Tianxing (天興州) yang mencakupi bahagian utara Pulau Taiwan.

Pemerintahan Qing

 
Tokong Besar Taoyuan (Jingfugong) dibina pada tahun 1811, antara tempat sembahyang utama di Taoyuan.

Oleh kerana kawasan Taoyuan tidak dibangunkan secara besar-besaran sewaktu penjajahan Belanda dan Ming, ia masih merupakan tempat tumpuan kaum peribumi menjelang abad ke-18, apabila China sudah dikuasai oleh Dinasti Qing. Catatan terawal penerokaan kawasan Taoyuan datang dari tahun 1713, tetapi kawasan berkenaan hanya diusahakan secara besar-besaran untuk tujuan pertanian mulai tahun 1737, apabila pendatang suku Hakka dari Guangdong yang bernama Xue Qilong (薛啟隆) memimpin ramai pengikutnya dari Tainan untuk mengerjakan kawasan Taoyuan. Kawasan yang diterokai menjangkau hingga Guilunling (Guishan) di timur, Kanzaijiao(Neili)di barat, Nankan di utara, dan Xiaoli di selatan. Peneroka-peneroka ini pun menanam pokok pic, maka tempatnya pun digelar Toahong atau "Kebun Buah Pic" (Bahasa Cina: 桃仔園pinyin: TáozǐyuánPe̍h-ōe-jī: Thô-á-hn̂g), dan dari situlah datangnya nama Taoyuan.[6]

Ekoran penghijrahan beramai-ramai dari Tanah Besar China, terdapat satu pembahagian petempatan mengikut suku yang ketara, yang mana suku Hokkien tertumpu di kawasan pesisiran pantai yang berhampiran dengan kawasan Taoyuan sekarang, manakala suku Hakka pula tertumpu di kawasan pedalaman. Disebabkan kepelbagaian suku dan kurangnya perhatian yang diberikan oleh kerajaan Qing terhadap utara Taiwan, maka sering berlakunya pertelingkahan antara suku di kawasan Taoyuan.[7]。Malah pada pertengahan abad ke-18, kawasan Taoyuan beransur-ansur berpecah menjadi dua petempatan besar, iaitu Taozaiyuan (桃仔園 dan Jianzaili (澗仔壢)(kini di kawasan Zhongli), sehinggalah kerajaan Qing menggabungkan kedua-dua petempatan itu menjadi satu di bawah nama Taojianbao (桃澗堡).

Pemerintahan Jepun

 
Pemandangan sekitar bandar Taoyuan sewaktu pemerintahan Jepun.
 
Kuil Shinto yang dibina di Taoyuan pada zaman Jepun, kini dikenali sebagai Taoyuan Martyrs' Shrine.

Pada tahun 1895, Jepun menakluki Taiwan setelah mengalahkan kerajaan Qing dalam Perang China-Jepun Pertama. Pembahagian wilayah Taiwan kerap berubah dalam tempoh pemerintahan Jepun selama 50 tahun. Taoyuan tergolong di dalam Taihoku-ken (臺北縣) pada tahun 1895. Kemudian pada tahun 1901, pembahagian ken () dimansuhkan dan Taiwan terbahagi kepada 20 chō (), di mana sebahagian kawasan Taoyuan diletakkan dalam Tōshien-chō (桃仔園廳, "Jabatan Toshien") dan menaungi enam shichō (支廳, cabang jabatan) yang terdiri daripada daerah setempat. Pada tahun 1905, Tōshien-chō ditukar nama kepada Tōen-chō (桃園廳). Pada tahun 1909, kesemua 20 chō diatur semula menjadi 12, tetapi Tōen-chō tidak diubah.[8]

Pada tahun 1920, Pejabat Gabenor-Jeneral Taiwan pembahagian baharu di mana sepuluh chō Taiwan diatur semula kepada lima shū () iaitu Taihoku, Shinchiku, Taichū, Tainan, dan Takao, di mana Tōen-chō dan Shinchiku-chō digabungkan menjadi Shinchiku-shū (新竹州).

Pemerintahan Republik China

 
Pemandangan bandaraya Taoyuan dari Taman Alam Hutoushan.

Pada tahun 1945, Taiwan diambil alih dari Jepun oleh kerajaan Republik China, di mana Shinchiku-shū dipinda menjadi Hsinchu-hsien (新竹縣, "Jajahan Hsinchu") dengan Taoyuan sebagai pusat pentadbiran jajahan. Pada Ogos 1950, kerajaan Republik China melakukan pembahagian semula ke atas Wilayah Taiwan,di mana Jajahan Hsinchu bersama Bandar Hsinchu dipinda menjadi tiga jajahan tadbiran daerah iaitu Taoyuan, Hsinchu, dan Miaoli. Ekoran Perang Saudara China, ramai askar sekeluarga dari Tanah Besar China berpindah ke Jajahan Taoyuan, maka kawasan Longgang di Daerah Zhongli terkenal dengan penduduk keturunan Yunnan dan Myanmar. Kawasan perindustrian Zhongli dan Guishan ditubuhkan pada tahun 1960-an dan 70-a. Pada 26 Februari 197, Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai-shek (kini Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan) dilancarkan, memesatkan lagi pembangunan industri di Jajahan Taoyuan sehingga menjadi bandaraya yang paling pesat peningkatan penduduknya di seluruh Taiwan. Namun di sebalik kemajuan pesat ini, datangnya juga masalah pencemaran alam yang ditandai oleh kes pencemaran kilang RCA (sebuah syarikat yang berasal dari Amerika).[9]

 
Pemandangan Daerah Zhongli.

Bilangan penduduk Jajahan Taoyuan mencecah dua juta penduduk pada 7 Jun 2010. Selaras dengan Undang-undang Sistem Penempatan Republik China,Jajahan Taoyuan menerima guna struktur pentadbiran bagi bandar raya tadbiran langsung mulai 1 Januari 2011. Pada Julai 2012, ia pun memohon status bandar raya tadbiran langsung,[10] dan permohonan itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 23 November 2012.[11] Pada sidang ke-3330 Dewan Perundangan pada 3 Januari 2013,[12] diumumkan bahawa Jajahan Taoyuan (桃園縣) dinaiktaraf menjadi "bandar raya tadbiran langsung" yang ketiga di bahagian utara Taiwan pada 25 Disember 2014 dengan memakai gelaran Bandaraya Taoyuan (桃園市). Semua mukim desa, pekan dan bandar yang tertakluk di bawahnya bertukar status menjadi "daerah" (), dan kini terdapat 13 daerah,[13] termasuk Daerah Fuxing yang berstatus daerah khas peribumi pedalaman.

Rujukan

  1. ^ 《中華民國統計資訊網》縣市重要統計指標查詢系統網 (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2016. Dicapai pada 13 June 2016.
  2. ^ "Demographia World Urban Areas PDF (April 2016)" (PDF). Demographia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 May 2018. Dicapai pada 13 June 2016.
  3. ^ 人口統計-桃園市政府民政局. cab.tycg.gov.tw (dalam bahasa Cina). 7 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2016. Dicapai pada 6 June 2016.
  4. ^ "Demographia World Urban Areas PDF" (PDF). Demographia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 May 2018. Dicapai pada 30 November 2019.
  5. ^ 桃園縣103年改制直轄市 名為「桃園市」. The Epoch Times. 24 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2013. Dicapai pada 29 April 2012.
  6. ^ 桃園市的歷史、地理及人文.劉阿榮
  7. ^ 潘英 (2000年). 臺灣拓殖史及其族姓分布研究. 臺北市: 南天書局. ISBN 957-638-531-8.
  8. ^ 劉揚琦整理,《日治時期地方行政機構》,中央研究院臺灣史研究所 Diarkibkan 2010-08-22 di Wayback Machine
  9. ^ 廢水污染超標30倍
  10. ^ "升格為第六都 桃園市下月提案". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-02. Dicapai pada 2012-07-22. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "存档副本". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2020-09-11. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ "行政院即時新聞". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-30. Dicapai pada 2013-01-03. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ 改制直轄市 吳志揚:行政區域和公務員工作權不變 Diarkibkan 2014-01-02 di Wayback Machine


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "upper-roman" ada tetapi tag <references group="upper-roman"/> yang sepadan tidak disertakan