China (kawasan): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.164.208.248 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Claude Warrior
Teg: Undur
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
''Rencana ini diisi dengan maklumat tentang sejarah, tamadun, dan penduduk kawasan yang dinamakan China secara amnya, seperti juga rencana mengenai [[Pulau Taiwan]]. Bagi perihal negara politik tanah besar China, sila rujuk rencana [[Republik Rakyat China]]. Untuk negara politik yang memerintah kepulauan Taiwan, sila rujuk rencana [[Republik China di Taiwan]].''
{{ChineseText}}
[[Fail:ROC_PRC_comparison_eng.jpg|thumb|350px|kiri|Peta China yang dilukis merangkumi [[Republik China]] dan [[Republik Rakyat China]].]]
[[Fail:Prcflagphogel.jpg|thumb|Bendera [[Republik Rakyat China]] di depan [[Shanghai]].]]
 
'''China''' atau '''Tionghua''' ({{zh-tspw|t=中國|s=中国|p=Zhōngguó|w=Chung-kuo}}) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di [[Asia Timur]]. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu [[tamadun]], [[negeri]] atau [[negara]] mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.
 
Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang [[sejarah dunia|paling lama]] wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia. [[Sejarah China]] seringkali dicirikan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa [[peperangan]] atau [[keamanan]], dan [[pertukaran dinasti]] yang ganas. Keluasan kawasan [[negara]] ini berkembang daripada satu titik tolak punca di [[Kawasan Rata Utara China]], dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan [[Asia Timur|timur]], [[Asia Timurlaut|timur laut]] dan [[Asia Tengah]]. Selama beberapa abad lamanya, [[Empayar China]] juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.
 
Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Makau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. [[Empayar Jepun]] juga meceroboh China pada [[Perang Dunia II]]. [[Empayar China]] musnah dengan penubuhan [[Republik China]] pada tahun [[1912]] oleh [[Sun Yat-sen]]. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang [[pemberontak]], [[Perang China-Jepun II]], dan [[Perang Saudara China]] dimana ahli [[Kuomintang]] nasionalis terpaksa bertempur dengan [[Parti Komunis China]] ''Gongchandang''.
 
Selepas kemenagan [[Komunis]] di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya [[Mao Zedong]] mengistiharkan [[Republik Rakyat China]] pada tahun [[1949]] dan memaksa [[Republik China]] bersama kerajaan [[Kuomintang]]nya berundur ke pulau [[Taiwan]], yang diperintah ia sejak berakhirnya [[Perang Dunia II]]. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, [[Kuomintang]] yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan [[Republik Taiwan]] yang [[merdeka]] bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan [[Taiwan]] semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah [[Fujian]] China dan secebisan [[kepulauan]] di [[Laut China Selatan]].
 
== Nama ==