Joe Biden: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anne4321 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Anne4321 (bincang | sumb.)
Baris 59:
Biden terlibat dalam sukan [[bola sepak Amerika|bola sepak]] sekolah tingginya di Akademi Archmwre sebagai pemain barisan depan. Beliau juga seorang pemain besbol. Seorang pelajar yang lemah namun merupakan pemimpin semula jadi, beliau ialah presiden kelas pada tahun-tahun junior dan seniornya. Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1961. Beliau mengalami masalah [[gagap]] yang ketara pada ketika itu yang berlanjutan sehingga awal dewasanya;<ref>{{cite web|url=http://www.westutter.org/pdfs/Joe_Biden-PublicGreeting_NationalStutteringAssoc_7.1.09.pdf|title=Letter to National Stuttering Association chairman|last=Biden|first=Joseph R., Jr.|date=July 9, 2009|publisher=National Stuttering Association|url-status=dead|archiveurl=https://web.archive.org/web/20110728173845/http://www.westutter.org/pdfs/Joe_Biden-PublicGreeting_NationalStutteringAssoc_7.1.09.pdf|archivedate=July 28, 2011|accessdate=December 9, 2010}}</ref> ada juga yang menyatakan bahawa kegagapannya itu telah mempengaruhi penampilan dirinya.
 
Semasa melanjutkan pengajian di Universiti Delaware di [[Newark]], Biden sekali lagi bermain bola sepak dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1965 dengan jurusan dua kali dalam bidang sejarah dan sains politik serta tambahan dalam bidang [[bahasa Inggeris]]. Beliau memperoleh purata C dan menduduki tempat ke-506 daripada 688 orang di kelasnya..
 
== Pernikahan pertama, sekolah perundangan, kerjaya awal ==
Pada 27 Ogos 1966, Biden menikah dengan seorang pelajar Universiti Syracuse yang bernama Neilia Hunter (1942-1972) setelah enggan menunaikan hasrat ibu bapanya untuk menikah dengan seorang Katolik Rom. Upacara pernikahan beliau diadakan di sebuah gereja Katolik di Skaneateles, New York. Mereka mempunyai tiga orang anak: [[Beau Biden|Joseph R. "Beau" Biden III]] (1969-2015), [[Hunter Biden|Robert Hunter Biden]] (lahir 1970) dan Naomi Christina "Amy" Biden (1971-1972).
 
Pada tahun 1968, Biden memperoleh Doktor Juris (J.D.) dari Universiti Kolej Perundangan Syracuse, menduduki tempat ke-76 daripada 85 orang di kelasnya. Beliau menyertai badan peguam Delaware pada tahun 1969. Semasa di sekolah, beliau menerima [[pengerahan|draf pelajar tentera pengerahan]]. Walau bagaimanapun, beliau akhirnya diklasifikasikan sebagai tidak tersedia untuk perkhidmatan ketenteraan kerana penyakit asma yang dihadapi.
 
Pada tahun 1968, Biden bekerja di sebuah firma guaman [[Wilmington, Delaware|Wilmington]] yang diketuai oleh ahli [[Parti Republikan (Amerika Syarikat)|parti Republikan]] tempatan yang terkenal iaitu William Prickett. Biden pernah menganggap dirinya sebagai seorang ahli parti Republikan dan beliau tidak menyukai politik perkauman konservatif Gabenor Delaware, Charles L. Terry daripada [[Parti Demokrat (Amerika Syarikat)|parti Demokrat]]. Biden menyokong ahli parti Republikan yang lebih liberal, Russell W. Peterson, yang mengalahkan Terry pada tahun 1968. Biden direkrut oleh parti Republikan tetapi beliau didaftarkan sebagai ahli bebas kerana tidak senang dengan calon presiden ketika itu, [[Richard Nixon]].
 
Pada tahun 1969, Biden berkhidmat sebagai pembela umum dan kemudian di sebuah firma yang diketuai oleh seorang ahli aktif parti Demokrat. Biden kemudian dinamakan ke Forum Demokratik, sebuah kumpulan yang berusaha untuk mereformasi dan menghidupkan kembali parti negara. Beliau akhirnya didaftarkan semula sebagai ahli parti Demokrat. Beliau dan peguam lain juga membentuk sebuah firma undang-undang. Bagaimanapun, undang-undang korporat tidak menarik baginya, dan undang-undang jenayah tidak membuahkan hasil dengan baik. Beliau menambah pendapatannya dengan menguruskan hartanah.
 
Pada akhir tahun itu, Biden terpilih menjadi ahli majlis perbandaran di sebuah daerah Republikan di New Castle County, Delaware. Beliau ingin menjalankan platform liberal yang merangkumi sokongan untuk perumahan awam di pinggir bandar. Beliau erkhidmat di majlis perbandaran sehingga tahun 1972. Beliau juga menentang projek lebuh raya besar yang mungkin mengganggu kawasan kejiranan Wilmington.
 
== Kerjaya politik awal ==