Riau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Armelia Mimi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k pengemasan
Teg: Dibalikkan
Baris 35:
| established_date2 = 1945
| established_title3 =Ditubuhkan
| established_date3=14 Ogos 1950, ''{{small|sebagai bahagian wilayah negeri [[Sumatera Tengah|Sumatera Tengah]]}}''<ref>[https://www.kompasiana.com/rudharjs/ii-berpisah-bukan-bercerai-dari-provinsi-sumatera-tengah-ke-provinsi-riau_551fa1c5a33311e32bb670bd] Negeri Sumatra Tengah dibahagi menjadi tiga</ref>
| established_title4 = Dinaiktaraf sebagai Negeri
| established_date4 = 9 Ogos 1957
Baris 80:
| footnotes =
}}
'''Riau''' bukan sekadar hanya [[Provinsi Riau]] atau [[Kepulauan Riau]]. Ada beberapa pentafsiran tentang asal nama Riau. Pendapat pertama mengatakan, toponomi Riau dipercayai berasal dari penamaan orang Portugis dengan kata "rio" yang bererti sungai. Kedua, perkataan Riau mungkin berasal dari tokoh bernama [[Sinbad]] al-Bahar dalam kitab Alfu Laila Wa Laila ([[Hikayat Seribu Satu Malam]]) yang menyebut "Riahi", yang bererti air atau laut. Pendapat ketiga pula menyebut, perkataan Riau berasal dari penuturan masyarakat setempat, yakni dari perkataan 'rioh" atau "riuh", yang bererti ramai, hiruk pikuk orang bekerja.
 
Berdasarkan beberapa keterangan di atas maka nama Riau besar kemungkinan memang berasal dari penamaan rakyat setempat, iaitu orang Melayu yang hidup di daerah [[Bintan]]. Nama ini dipakai sebagai salah satu negeri dari 4 negeri utama yang membentuk kerajaan Melayu [[Riau Lingga]], [[Johor]] dan [[Pahang]].
 
Berikutan termeterainya [[Perjanjian London 1824]] antara [[Belanda]] dengan [[Inggeris]], maka Kerajaan Melayu Johor-Riau telah terbahagi dua. Bahagian Johor - Pahang berada di bawah pengaruh Inggeris, sedangkan bahagian Riau-Lingga berada di bawah pengaruh Belanda. Pembahagian kuasa politik penjajah ini telah mengakibatkan bermulanya pengaruh pembentukan negara [[Malaysia]]. Dalam zaman penjajahan Belanda 1905-1942 nama Riau digunapakai untuk nama sebuah keresidenan, yang daerahnya meliputi [[Kepulauan Riau]].
 
Setelah Provinsi Riau terbentuk pada tahun 1958, maka nama itu turut digunakan untuk nama sebuah [[kabupaten]], dipergunakan pula untuk nama sebuah provinsi yang penduduknya ketika itu sebahagian besarnya terdiri dari orang Melayu asli.
 
Kerajaan Melayu yang pernah berdiri di rantau ini, antara lain adalah: [[Kerajaan Inderagiri]] (958-1838), [[Kerajaan Siak]] (1723-1858), [[Kerajaan Pelalawan]] (1530-1879), [[Kerajaan Riau-Lingga]] (1824-1911).
 
Kata Melayu juga dipercayai berasal dari kata "Milayu", yang ertinya negeri yang mula-mula ada. Pendapat ini sesuai dengan perkembangan bangsa Melayu dari daratan Asia Selatan, pada kira-kira tahun 2000 SM dan 1500 SM yang menyebar ke seluruh kepulauan Nusantara. Istilah Melayu ini dipergunakan untuk menamakan sebuah empayar Melayu seperti Kerajaan Melayu Riau. Perkataan Melayu juga dipakai menamakan rakyat pendukung kerajaan-kerajaan tersebut sehingga terkenal sebagai suku Melayu dengan bahasa yang dipergunakan [[bahasa Melayu]] dan budaya yang dipergunakan [[budaya melayu]].
 
Bahasa Melayu ini pada masa dahulu menjadi "Lingua Franca" (bahasa umum) di kawasan Asia Tenggara ini.
Baris 116:
<references/>
 
[[Kategori:Provinsi di Indonesia]]
{{Provinsi Indonesia}}
 
[[Kategori:Provinsi di Indonesia]]