Joe Biden: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anne4321 (bincang | sumb.)
Anne4321 (bincang | sumb.)
Baris 108:
 
Setelah 10 tahun berada di Senat, Biden memberi tumpuan kepada kawalan senjata. Setelah Kongres gagal meratifikasi Perjanjian SALT II yang ditandatangani pada tahun 1979 oleh perdana menteri Soviet, [[Leonid Brezhnev]] dan Presiden [[Jimmy Carter]], Biden bertemu dengan Menteri Luar Soviet, [[Andrei Gromyko]] untuk menyuarakan kebimbangan Amerika serta mendapatkan perubahan yang menangani bantahan Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri Senat. Ketika pentadbiran Reagan ingin menafsirkan perjanjian SALT 1972 I secara longgar untuk membenarkan pengembangan Inisiatif Pertahanan Strategik, Biden berhujah untuk mematuhi perjanjian itu dengan ketat. Beliau mendapat perhatian besar ketika dia membebaskan Setiausaha Negara, George Shultz pada sidang Senat atas sokongan pemerintahan Reagan terhadap [[Afrika Selatan]] walaupun polisi [[apartheid]] berlanjutan.
 
=== Kempen presiden 1988 ===
[[File:Joe Biden in 1987 at White House.png|thumb|right|upright=0.75|Biden pada tahun 1987]]
 
Biden secara rasmi mengumumkan pencalonannya untuk sebagai calon presiden Demokrat 1988 pada 9 Jun 1987. Beliau dianggap calon yang kuat kerana gayanya yang sederhana, kemampuan berpetah, profil tinggi sebagai ketua Jawatankuasa Kehakiman Senat. Beliau akan menjadi orang kedua termuda yang terpilih sebagai presiden setelah [[John F. Kennedy]].
 
Menjelang bulan Ogos, kempennya menjadi keliru kerana persaingan staf, dan pada bulan September, beliau dituduh melakukan [[plagiat|memplagiat]] ucapan pemimpin Parti Buruh Britain, Neil Kinnock. Pidato Biden mempunyai isi yang sama tentang menjadi orang pertama dalam keluarganya yang melanjutkan pengajian ke universiti. Biden telah memberi penghargaan kepada Kinnock pada majlis sebelumnya, tetapi tidak pada dua majlis pada akhir bulan Ogos. Pada awal tahun itu, beliau juga telah menggunakan petikan daripada ucapan tahun 1967 oleh [[Robert F. Kennedy]] dan ungkapan pendek dari ucapan angkat sumpah John F. Kennedy; dua tahun sebelumnya BIden telah menggunakan petikan tahun 1976 oleh [[Hubert Humphrey]]. Biden membalas balik kritikan terhadapnya, megatakan bahawa ahli politik sering meminjam ucapan antara satu sama lain tanpa memberi penghargaan. Salah satu pesaingnya untuk pencalonan, Jesse Jackson turut menggunakan ucapan yang sama oleh Humphrey yang juga digunakan oleh Biden.
 
Beliau juga membuat beberapa dakwaan palsu atau berlebihan mengenai kehidupan awalnya: bahawa beliau telah memperoleh tiga ijazah di kolej, bahawa beliau telah menghadiri sekolah perundangan dengan biasiswa penuh, bahawa beliau telah lulus pada kedudukan separuh teratas kelasnya dan bahawa beliau telah memperjuangkan gerakan hak sivil. Pada 23 September 1987, Biden menarik diri dan menghentikan kempennya.
 
=== Pembedahan otak ===
Pada bulan Februari 1988, setelah mengalami kesakitan leher yang semakin parah, Biden dikejarkan ke Pusat Perubatan Tentera Darat Walter Reed untuk pembedahan untuk membetulkan [[aneurisme otak|intrakranial aneurisma otak]] yang bocor. Semasa sembuh, beliau menderita [[embolisme peparu]], komplikasi serius.
 
Setelah aneurisme kedua dibetulkan pada bulan Mei, Biden menjauhkan diri dari Senat selama tujuh bulan.
 
== Dalam pilihan raya presiden 2008 ==