Joe Biden: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anne4321 (bincang | sumb.)
Anne4321 (bincang | sumb.)
Baris 158:
 
Beliau memilih Senator [[Kamala Harris]] dari [[California]] sebagai timbalannya pada 11 Ogos - Biden ada mengatur pelantikan Timbalan Presiden dalam kalangan kaum wanita pada Mac tahun sama.<ref>{{cite news|url=https://www.axios.com/joe-biden-woman-running-mate-6add0a5b-2600-43b0-8e83-b38d74042881.html|title=Joe Biden commits to picking a woman as his running mate|date=March 16, 2020|accessdate=May 3, 2020|work=[[Axios (website)|Axios]]}}</ref> Biden disahkan sebagai calon utama di Sidang Kebangsaan Parti Demokrat seminggu kemudian pada 18 Ogos.<ref>{{cite news|url=https://www.wsj.com/articles/democrats-to-nominate-joe-biden-bill-clinton-alexandria-ocasio-cortez-to-speak-11597777946|title=DNC Nominates Joe Biden to Lead Nation Through Pandemic|author=<!--Staff writer(s); no by-line.-->|date=August 18, 2020|access-date=August 19, 2020|work=[[The Wall Street Journal]]|location=}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.washingtonpost.com/elections/2020/08/18/democratic-national-convention-live-updates/|title=Joe Biden officially becomes the Democratic Party's nominee on convention's second night|author=<!--Staff writer(s); no by-line.-->|date=August 19, 2020|access-date=August 19, 2020|work=[[The Washington Post]]|location=}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.foxnews.com/politics/democrats-formally-nominate-joe-biden-to-be-2020-presidential-nominee|title=Democrats formally nominate Joe Biden for president in virtual roll call|last=Schultz|first=Marisa|date=August 18, 2020|access-date=August 19, 2020|work=[[Fox News]]|location=}}</ref>
 
== Presiden terpilih Amerika Syarikat ==
Biden dipilih sebagai [[presiden Amerika Syarikat]] ke-46 pada November 2020, menewaskan penyandang, [[Donald Trump]], presiden yang kali pertama berkhidmat sepenggal selepas [[George H. W. Bush]] pada tahun 1992. Beliau ialah bekas naib presiden kedua (selepas Richard Nixon pada tahun 1968) untuk dipilih sebagai presiden. Beliau juga dijangka menjadi presiden tertua serta presiden pertama yang berasal dari [[Delaware]] (walaupun beliau dilahirkan di [[Pennsylvania]]). Biden juga merupakan presiden [[Gereja Katolik|Katolik]] kedua selepas [[John F. Kennedy]]. Biden dijangka [[Pelantikan Joe Biden|mengangkat sumpah]] pada tengah hari 20 Januari 2021.
 
Beberapa hari selepas memenangi [[pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020|pilihan raya]], Biden mewujudkan pasukan petugas [[COVID-19]]. Beliau berikrar tindak balas kerajaan yang lebih besar terhadap pandemik itu berbanding Trump, termasuk meningkatkan ujian saringan, bekalan peralatan perlindungan diri yang cukup, mengagihkan vaksin, dan dana untuk sekolah dan hospital. Biden juga berjanji untuk menggunakan Akta Pengeluaran Pertahanan dengan lebih agresif berbanding Trump untuk membina bekalan, serta menggunakan 100,000 ahli pasukan [[pengesanan kontak]] untuk mengurangkan jangkitan COVID-19.
 
Pada 11 November 2020, Biden memilih Ron Klain sebagai Ketua Staf Rumah Putih. Klain ialah bekas pembantu kepada Biden pada tahun 1980-an, ketua staf pertama Biden sebagai Naib Presiden, dan ketua staf kepada bekas Naib Presiden, [[Al Gore]]. Pada 23 November 2020, Biden pertama kali membuat pencalonan dan pelantikan keselamatan negara, mencalonkan Antony Blinken sebagai [[Setiausaha Negara Amerika Syarikat|Setiausaha Negara]], Alejandro Mayorkas sebagai [[Setiausaha Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat|Setiausaha Keselamatan Tanah Air]], Avril Haines sebagai Pengarah Perisikan Negara, Jake Sullivan sebagai [[Penasihat Keselamatan Negara (Amerika Syarikat)|Penasihat Keselamatan Negara]], Linda Thomas-Greenfield untuk Duta Amerika Syarikat ke PBB dan [[John Kerry]] sebagai Wakil Khas Presiden bagi isu berkaitan Perubahan Iklim. Jika pencalonan itu disahkan, Haines akan menjadi wanita pertama yang berkhidmat sebagai Pengarah Perisikan Negara, dan Mayorkas akan menjadi rakyat Amerika Latin yang pertama untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Keselamatan Tanah Air.
 
Pada 23 November, Pentadbir Perkhidmatan Am, Emily W. Murphy secara rasmi mengiktiraf Biden sebagai pemenang pilihan raya presiden 2020 dan membenarkan permulaan proses peralihan kuasa kepada pentadbiran Biden.
 
== Keputusan pilihan raya ==