Rumah Hogwarts: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syfuel (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 132:
Mengikut Albus Dumbledore dalam ''[[Harry Potter dan Bilik Rahsia]]'', antara kualiti yang turut menjadi dambaan ini ialah [[Parseltongue]], pintar akal, kesungguhan, dan sedikit sifat yang suka melangar peraturan. Yang beliau pelikkan ialah. sifat itu semua terdapat pada Harry sendiri.
 
berbezaBerbeza dengan kehendak pengasas yang lain, Salazar Slytherin mahukan polisi yang lebih ketat dalam kemasukan pelajar: hanya mereka yang berdarah tulen sahaja akan dipilih. Kontroversi ini telah menyebabkan Salazar meninggalkan sekolah dan [[Harry Potter dan Bilik Rahsia#Bilik Rahsia|Bilik Rahsia]]. Seribu tahun kemudian, pasukan Slytherin masih mempunyai pengaruh yang kuat walaupun kini mereka terpaksa mengambil mereka yang berdarah campuran (separuh manusia, separuh ahli sihir) seperti [[Voldemort]] dan [[Severus Snape]].
 
Sungguhpun Harry menggambarkan kebanyakan pelajar pasukan ini sebagai pembuli, nakal dan jahat, rumah ini turut menampilkan kisah dramatis penyesalan. Contohnya [[Severus Snape#Snape|Snape]], seorang ahli pasukan ini (malah beliau pernah menjadi Ketua Pasukan ini) , telah menhabiskan usia dewasanya untuk [[Kumpulan Phoenix]] dan di dalam '''Azimat Maut''' , Harry telah terhutang budi terhadap beliau dan menganggap Snape sebagai seorang lelaki yang paling berani pernah beliau temui. Regulus, bekas seorang Death Eater dan merupakan adik kepada [[Sirius Black]], telah berpaling tadah terhadap Voldemort pada usia 17 tahun, hingga sanggup terkorban bagi memastikan Voldemort menjadi manusia biasa yang akan mati. Malahan Draco Malfoy, musuh paling ketat Harry mempunyai nilai moral yang tinggi kerana beliau tidak sanggup berkorban untuk kejahatan yang sebenar. Ibunya, [[Narcissa Malfoy]] turut mengkhianati Voldemort atas sebab risaukan keselamatan anaknya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kualiti utama rumah Slytherin ialah (pandai akal, licik, dan pentingkan diri) bukanlah sikap utama pelajar mereka. Pelajar ini hanya mudah tertarik ke arah kejahatan. Contohnya, [[Horace Slughorn]], beliau sorang yang baik hati dan sayangkan pelajar cuma beliau lebih tertarik untuk berkawan dengan pelajar yang agak cemerlang dan berpengaruh atas sebab kepentingan diri sendiri.