Putrajaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k pengemasan, replaced: lebuhraya → lebuh raya
Melencong ke KRL Commuter Line
Teg-teg: Lencongan baharu Dibalikkan
Baris 1:
#LENCONG [[KRL Commuter Line]]
{{distinguish|Petra Jaya}}
{{Infobox settlement
| name = Putrajaya
| official_name = Wilayah Persekutuan Putrajaya<br>{{script/Arabic|ولايه ڤرسكوتوان ڤوتراجاي}}<br>
| other_name = Prang Besar / Air Hitam
| settlement_type = [[Wilayah Persekutuan]]
| translit_lang1 = Lain-lain
| image_skyline = File:Putrajaya_Collage.jpg
| image_caption = Bahagian atas kiri ke kanan: [[Masjid Putra]] dan [[Perdana Putra]], bangunan [[Kementerian Kesihatan Malaysia|Kementerian Kesihatan]] di bahagian bawah kiri ke kanan: [[Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya ]], kompleks kementerian bertingkat tinggi, Presint 1 Putrajaya dari atas
| image_flag = Flag of Putrajaya.svg
| image_seal = Coat of arms of Putrajaya.svg
| motto = ''Bandar raya Taman, Bandar raya Bestari''<br />(''Garden City, Intelligent City'')
| image_map = Putrajaya in Malaysia (zoom).svg
| map_caption = {{Legend inline|#C41E3A|outline=silver}} '''Putrajaya''' in {{Legend inline|#FDF9D2|outline=silver}} [[Malaysia]]
| coordinates = {{coord|2.9430952|101.699373|region:MY|display=inline,title}}
| subdivision_type = [[Senarai negara berdaulat|Negara]]
| subdivision_name = {{flag|Malaysia}}
| established_title = Penubuhan
| established_date = 19 Oktober 1995
| established_title2 = Diberikan Wilayah Persekutuan
| established_date2 = 1 Februari 2001
| leader_title = Ditadbir oleh
| leader_name = [[Perbadanan Putrajaya]]
| leader_title1 = Pengerusi
| leader_name1 = Hasim Ismail
| area_footnotes = <ref>{{cite web |url=http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127 |title=Laporan Kiraan Permulaan 2010 |publisher=Jabatan Perangkaan Malaysia |page=27 |accessdate=24 January 2011 |archiveurl=https://web.archive.org/web/20110708202650/http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127 <!--Added by H3llBot--> |archivedate=8 July 2011}}</ref>
| area_total_km2 = 49
| elevation_m =
| population_total = 88300
| population_as_of = 2015
| population_footnotes = <ref name="2015 population">{{cite web|url=http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/19463-unjuran-populasi-penduduk-2015.html|title=Population by States and Ethnic Group|publisher=Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia|year=2015|accessdate=12 February 2015|archiveurl=https://web.archive.org/web/20160212125740/http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/19463-unjuran-populasi-penduduk-2015.html |archivedate=12 February 2016 |deadurl=yes}}</ref>
| population_density_km2 = auto
| postal_code_type = [[Senarai poskod di Malaysia|Poskod]]
| postal_code = 62xxx
| area_code = +603-88
| area_code_type = [[Nombor telefon di Malaysia|Kod kawasan Telekom]]
| iso_code = MY-16
| blank_name_sec1 = [[Min waktu suria]]
| blank_info_sec1 = UTC+06:46:40
| website = {{URL|https://www.ppj.gov.my}}
| translit_lang1_info1 = {{lang|ms|Putrajaya}}
| translit_lang1_type2 = [[Tulisan Jawi|Jawi]]
| translit_lang1_info2 = {{script/Arabic|ڤوتراجاي}}
| translit_lang1_type3 =
| translit_lang1_info3 =
| translit_lang1_type4 =
| translit_lang1_info4 =
| timezone = [[Malaysian Standard Time|MST]]
| utc_offset = +8
| timezone_DST = Not observed
| blank1_name = [[Nombor plat kenderaan Malaysia|Nombor plat kenderaan]]
| blank1_info = F
}}
 
'''Putrajaya''' atau nama penuhnya '''Wilayah Persekutuan Putrajaya''' ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan [[Malaysia]] yang menggantikan [[Kuala Lumpur]] pada 1999 dan ibu negara pentadbiran [[Malaysia]]. Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan [http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Putrajaya%2C+Malaysia (lihat peta)]. Ia adalah [[Wilayah Persekutuan]] ke-3 di Malaysia.
 
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
 
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
 
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
 
Lokasinya yang berada ditengah-tengah [[Koridor Raya Multimedia]], Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
 
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
 
'''Putrajaya''' merupakan satu bandar terancang, 25&nbsp;km selatan [[Kuala Lumpur]], yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran [[Malaysia]]. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, [[Kuala Lumpur]] kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak [[Yang di-Pertuan Agong|Raja]] dan [[Parlimen Malaysia|Parlimen]], termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea Perdana Menteri [[Mahathir Mohamad|Tun Dr Mahathir Mohammad]]. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan [[Labuan]].
 
Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, [[Tunku Abdul Rahman|Tunku Abdul Rahman Putra]], bandar tersebut terletak dalam [[Koridor Raya Multimedia]], selain [[Cyberjaya]] yang baru dibangunkan. Dalam [[bahasa Sanskrit|Sanskrit]], "putra" bererti "putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti "kejayaan" atau "kemenangan". Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.
 
== Sejarah dan rekabentuk ==
{{utama|Sejarah Putrajaya}}
[[Image:Putrajaya City Precinct.svg|230px|thumb|left|Precinct (Daerah) Putrajaya]]
 
Putrajaya, yang pada asalnya bernama '''Prang Besar''' ('''ڤراڠ بسر'''), telah diasaskan pada tahun 1918 sebagai '''Air Hitam''' oleh [[United Kingdom|British]]. Pada asalnya ia meliputi kawasan seluas {{convert|800|acre|km2}}, ia kemudian diperluaskan sehingga {{convert|8000|acre|km2}}, dan digabungkan dengan kawasan ladang sekitar, termasuk Estet Raja Alang, Estet Galloway dan Estet Bukit Prang.
 
Wawasan untuk memiliki Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru bagi menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran muncul pada akhir 1980-an, semasa tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Dr. Mahathir Bin Mohamad<!-- Beliau mendapat gelaran 'Tun' selepas tamat perkhidmatan sebagai Perdana Menteri -->. Bandar baru ini telah dirancangkan terletak di antara Kuala Lumpur dan [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA). Dua kawasan telah dikemukakan, Prang Besar dan Janda Baik di Pahang.<ref>{{ms}}{{cite book|last1=Abdullah|first1=Hasfiza|title=DARI PRANG BESAR KE PUTRAJAYA|date=February 2012|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka|url=http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?p=271|accessdate=26 October 2015}}</ref>
 
Kerajaan Persekutuan berunding dengan negeri Selangor untuk kemungkinan Wilayah Persekutuan lain dan pada pertengahan tahun 1990-an, kerajaan Persekutuan membayar sejumlah besar wang ke Selangor bagi {{convert|11320|acre|km2}} tanah di Prang Besar, Selangor. Hasil daripada pembelian tanah ini, negeri Selangor kini sepenuhnya mengelilingi dua Wilayah Persekutuan dalam sempadan, iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Dirancang sebagai taman dan bandar pintar, 38% kawasan telah dikhaskan untuk kawasan hijau dengan menekankan peningkatan landskap semula jadi. Satu rangkaian kawasan lapang dan jalan-jalan yang luas digabungkan dalam pelan tersebut. Pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan ia merupakan projek terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara dengan anggaran kos akhir US$8.1 bilion. Keseluruhan projek telah direka dan dibina oleh syarikat Malaysia dengan hanya 10% daripada bahan-bahan yang diimport.
 
[[Krisis Kewangan Asia 1997|Krisis Kewangan Asia tahun 1997/1998]] telah memperlahankan pembangunan Putrajaya. Pada tahun 1999, 300 orang kakitangan Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya dan baki kakitangan kerajaan yang tinggal telah berpindah pada tahun 2005. Pada 1 Februari 2001 Tun Dr Mahathir mengisytiharkan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan dengan upacara penyerahan Putrajaya bandar daripada pihak berkuasa negeri Selangor.
 
Pada tahun 2002, laluan tren yang dikenali sebagai KLIA Transit dibuka, menghubungkan Putrajaya dengan kedua-dua Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang. Walau bagaimanapun, pembinaan Monorel Putrajaya yang bertujuan sebagai sistem metro di bandar ini telah digantung kerana kos. Salah satu jambatan gantung monorel di Putrajaya masih tidak digunakan.
 
Pada tahun 2007, penduduk Putrajaya dianggarkan lebih 30,000, yang terdiri terutamanya kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan telah digalakkan untuk berpindah ke bandar melalui pelbagai subsidi dan pinjaman program kerajaan.
 
Pada bulan April 2013 kerajaan Putrajaya menandatangani surat hasrat (LOI) dengan kerajaan Sejong City di Korea Selatan untuk menandakan kerjasama antara kedua-dua bandar-bandar.<ref>"[http://archive.is/FeEv2 Closer ties between Putrajaya and Sejong, Korea]." (Archived from [http://www.thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2013/4/6/central/12923355&sec=central the original]) ''[[The Star (Malaysia)|The Star]]'' ([[Malaysia]]). Saturday 6 April 2013. Updated on Friday 26 April 2013. Retrieved on 1 January 2014.</ref>
 
Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau [[PETRONAS]] - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan [[Malaysia]] (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).
 
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.
 
Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya. Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia seakan-akan [[Washington, D.C.]] di [[Amerika Syarikat]], [[Canberra]] di [[Australia]], dan [[Brasilia]] di [[Brazil]]. Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang. Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada [[Tunku Abdul Rahman|Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]] iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
 
== Kerajaan dan infrastruktur ==
{{As of|2012}} hampir semua kementerian kerajaan Malaysia telah berpindah ke Putrajaya. Satu-satunya kementerian yang tinggal di Kuala Lumpur ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya.<ref>"[https://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2013/07/176_120656.html Malaysian envoy acclaims Sejong City]." ([https://www.webcitation.org/6MIF8Alb7?url=http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2013/07/176_120656.html Archive]) ''[[The Korea Times]]''. 23 September 2012.</ref> [[Alamanda Putrajaya|Pusat Beli-Belah Alamanda]], yang terletak berhampiran dengan kementerian-kementerian kerajaan di Presint 1, dibuka untuk melayani orang-orang yang bekerja, bermain dan tinggal di Putrajaya.
 
== Demografi ==
 
=== Penduduk ===
Pada tahun 2007, penduduk Putrajaya dianggarkan lebih dari 30,000, yang terdiri daripada kakitangan kerajaan. Penjawat awam digalakkan berpindah ke bandar melalui pelbagai subsidi kerajaan dan program pinjaman. Penduduk telah meningkat kepada 88,300 menjelang 2015.<ref name="2015 population" />
 
=== Demografi Agama ===
{{bar box|title=Agama di Putrajaya - Banci 2010<ref>{{cite web|url=http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf |title=2010 Population and Housing Census of Malaysia |language=Malay, English |accessdate=17 June 2012 |publisher=Department of Statistics, Malaysia |deadurl=bot: unknown |archiveurl=https://web.archive.org/web/20140522234002/http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf |archivedate=22 May 2014 |df= }}</ref>|titlebar=|left1=agama|right1=peratus|float=right|bars={{bar percent|[[Islam]]|Green|97.4}}
{{bar percent|[[Hinduisme]]|Orange|1.0}}
{{bar percent|[[Kristian]]|Blue|0.9}}
{{bar percent|[[Buddhisme]]|Yellow|0.4}}
{{bar percent|Tidak diketahui/Tiafa|Brown|0.2}}
{{bar percent|Lain-lain|Gray|0.1}}
{{bar percent|Tiada agama|Black|0}}
{{bar percent|Agama Etnik Cina|Magenta|0}}}}{{As of|2010}}, Penduduk Putrajaya adalah 97.4% Muslim, 1.0% Hindu, 0.9% Kristian, 0.4% Buddha, 0.2% tidak diketahui dan 0.1% agama lain.
 
Perlembagaan Malaysia tegas mentakrifkan apa yang menjadikan "Melayu", menganggap orang Melayu yang beragama Islam, beragama Melayu secara kerap, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan hidup dalam atau mempunyai nenek moyang dari Indonesia, Brunei, Malaysia dan Singapura. Statistik dari Banci 2010 menunjukkan bahawa 45.9% daripada penduduk China mengenal pasti sebagai penganut Buddha, dengan kaum minoriti yang signifikan mengenal pasti sebagai orang Islam (21.7%), Kristian (15.7%) dan agama kaum Cina (2.9%). Majoriti penduduk India mengenal pasti sebagai Hindu (71.9%), dengan jumlah minoriti yang besar yang mengenal pasti sebagai Kristian (9.0%), Muslim (7.8%) dan Buddha (0.7%). Masyarakat bumiputera bukan Melayu kebanyakannya adalah orang Islam (48.7%) dan orang Kristian (48.0%), dengan kaum minoriti penting yang mengenal pasti sebagai Ateis (1.07%) dan Buddha (0.8%).
 
== Politik ==
Dari segi politik, Putrajaya adalah dirancang sebagai pusat pentadbiran [[Malaysia]] yang akan datang. Ini secara sekaligus akan menjadikan Putrajaya sebagai nadi penting kepada kerajaan Malaysia.
 
Putrajaya diwakili oleh seorang Ahli Parlimen iaitu YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga seorang Setiausaha Agung UMNO.
 
== Pengangkutan ==
Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :
* untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
* untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
* untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
* untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.
 
=== Sistem pengangkutan ===
Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :
* Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
* Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
* Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
=== Lebuh raya berhubungan ===
Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuh raya yang terdiri daripada penyambungan pusat [[Lebuhraya Utara-Selatan]], [[Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah]] dan [[Lebuhraya Lembah Klang Selatan]] (SKVE). Lebuh raya dan jalan utama berdekatan termasuk:
* [[Lebuhraya Lembah Klang Selatan]] (SKVE)
* [[Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah]] (ELITE)
* [[Lebuhraya Damansara-Puchong]]
* [[Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban]]
* [[Lebuharaya Kuala Lumpur-Putrajaya]]
 
Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran [[Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah]] (ELITE) dan [[Lebuhraya KLIA]]. ELITE yang sepanjang 54&nbsp;km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran [[Lebuh Raya Baru Lembah Klang]] (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan ELITE di Persimpangan Nilai. ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8&nbsp;km yang membawa terus ke Putrajaya dan [[Cyberjaya]] yang terletak dalam MSC.
 
== Pelancongan ==
{{wide image|Putrajaya panorama Jan 2007 b.JPG|800px|Imej panorama Putrajaya, (dari kiri ke kanan) [[Jambatan Putra]], bangunan [[Kementerian Kewangan Malaysia]] disebelah kiri, tersergam megah ditengah [[Jambatan Seri Wawasan]], dan Istana hingga [[Sultan Selangor]], [[Istana Darul Ehsan]] disebelahnya.}}
{{wide image|Cyberjaya_Lake_Gardens_panorama.jpg|800px|Panorama Putrajaya dari [[Taman Tasik Cyberjaya]], gambar diambil pada Februari 2011.}}
 
[[Fail:YosriTasikPutrajaya.jpg|thumb|300px|Tasik di Putrajaya.]]
 
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah :
 
* [[Perdana Putra]]
* [[Masjid Putra]]
* [[Jambatan Putra]]
* [[Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin]]
* [[Dataran Putrajaya]]
* [[Monumen Alaf Baru]]
* [[Istana Kehakiman]]
* [[Seri Perdana]]
* [[Jambatan Seri Perdana]]
* [[Putrajaya Landmark]]
* [[Taman Wetland Putrajaya]]
* [[Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya]] (PICC)
* [[Taman Selatan]]
* [[Yayasan Kepimpinan Perdana]]
* [[Istana Melawati]]
* [[Dataran Warisan]]
* [[Kementerian Kewangan Malaysia]]
* [[Wisma Putra]]
* [[Istana Darul Ehsan]]
* [[Tasik Putrajaya]]
* [[Taman Wawasan]]
* [[Taman Botani Putrajaya]]
 
==Galeri gambar==
<gallery widths="200">
Fail:Putrajaya, Malaysia 2013.JPG|Landskap Putrajaya dari intaian udara - Okt 2013
Fail:Perdana Putra Putrajaya Dec 2006 003.jpg|Pejabat [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia]] di [[Perdana Putra]]
Fail:Putrajaya Malaysia Perbadanan-Putrajaya-01.jpg|Kompleks [[Perbadanan Putrajaya]]
Fail:MOF Putrajaya closeup.jpg|Kompleks [[Kementerian Kewangan Malaysia]] (Perbendaharaan Negara Malaysia).
Fail:Palace of Justice Putrajaya Dec 2006 003.jpg|[[Istana Kehakiman]]
Fail:Putrajaya Walk tilt shift.jpg|Putrajaya Walk
Fail:Putrajaya Night Mosque PM Office.JPG|Pejabat Jabatan Perdana Menteri dan Masjid Putra ketika malam.
Fail:Interior Sri Wawasan Bridge.jpg|Pandangan dalam [[Jambatan Seri Wawasan]].
Fail:Masjid Putrajaya.jpg|Masjid Putra berlatar belakangkan Pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Fail:2009-08-18-Putrajaya-Seri-Saujana.jpg|[[Jambatan Seri Saujana]] waktu malam.
Fail:Pullman putrajaya003.jpg|Hotel Lakeside Pullman Putrajaya
Fail:Putrajaya-fancy-streetlamp.jpg|Seni bina moden termasuk lampu jalan.
Fail:Jabatan Perdana Menteri.jpg|Pejabat MAMPU Jabatan Perdana Menteri, 2017.
</gallery>
 
== Lihat juga ==
{{commons|Putrajaya}}
* [[Identiti Putrajaya]]
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
{{wikisource|oldwikisource:Perutusan Upacara Menandatangani Perjanjian Penubuhan Putrajaya|Perutusan Upacara Menandatangani Perjanjian Penubuhan Putrajaya}}
* [http://www.ppj.gov.my Laman web rasmi Putrajaya]
* [http://www.pjh.com.my/ Laman web Putrajaya Holdings]
* [http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18735 Peta-peta berkaitan dengan Putrajaya]
 
{{Malaysia}}
 
[[Kategori:Putrajaya| ]]
[[Kategori:Ibu negara di Asia]]
[[Kategori:Wilayah Persekutuan]]
[[Kategori:Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia]]
[[Kategori:Bandar raya terancang]]
[[Kategori:Ibu negara terancang]]