Roman Golovchenko: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
cipta
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:59, 28 November 2020

Roman Alexandrovich Golovchenko (Belarus: Раман Аляксандравіч Галоўчэнка, rumi: Raman Aliaksandravič Haloŭčenka, bahasa Rusia: Роман Александрович Головченко; lahir 10 Ogos 1973) ialah ahli politik Belarus yang menjadi Perdana Menteri Belarus sejak 4 Jun 2020.

Roman Golovchenko
Раман Галоўчэнка
Perdana Menteri Belarus
Memegang jawatan
4 Jun 2020
PresidenAlexander Lukashenko
Didahului olehSyarhey Rumas
Butiran peribadi
Lahir (1973-08-10) 10 Ogos 1973 (umur 50)[1]
Zhodzina, Wilayah Minsk, RSS Belarusia
Anak-anak3
Alma materInstitut Hubungan Antarabangsa Negeri Moscow
Akademi Pentadbiran Awam (Belarus)

Awal hidup dan kegiatan pakar

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1973 di Zhodzina sebagai anak tunggal. Bapanya Alexander Nikolaevich Golovchenko lulus Institut Politeknik Belarusia dan bekerja sebagai jurutera di biro reka bentuk Kerja Traktor Minsk.[2] Beliau tinggal di Zhodzina sehingga berusia 10 tahun, apabila beliau berpindah dengan ibu bapanya ke Minsk, tempat beliau lulus sekolah tinggi.[3] Golovchenko lulus Institut Hubungan Antarabangsa Negeri Moscow pada tahun 1996. Beliau juga lulus Akademi Pentadbiran Awam pada tahun 2003.

Kerjaya

 
Golovchenko dengan Alexander Lukashenko dan Mikhail Mishustin.

Pada tahun 2009, beliau dinamakan TImbalan Menteri Pertama Negara. Pada tahun 2013, beliau dijadikan Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu. Pada tahun 2018, beliau dinamakan Duta Besar ke Qatar, Kuwait, dan Arab Saudi[1]. Beliau dilantik ke jawatannya yang sekarang oleh Presiden Alexander Lukashenko ke jawatan tersebut dua bulan sebelum pilihan raya presiden Belarus 2020[4]. Sebelum pelantikannya, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tentera-Industri Negara. Beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 17 Ogos 2020, semasa protes Belarus 2020.[5] Walau bagaimanapun, peletakan jawatannya tidak berkuat kuasa serta merta, kerana beliau masih digambarkan sebagai "perdana menteri" sehari kemudian oleh media sama yang mengumumkan peletakan jawatannya.[6] Beliau kemudian (pada 19 Ogos) dinamakan Perdana Menteri kerajaan baru.[7]

Kehidupan peribadi

Beliau mempunyai seorang anak lelaki dari perkahwinan pertamanya dan dua anak perempuan dari perkahwinan sekarangnya. Anak lelakinya Georgy Yatskovsky, ialah pelajar Universiti Teknik Negeri Moscow Bauman. Beliau fasih dalam bahasa Inggeris, Arab, Jerman dan Poland.[8][9]

Rujukan

  1. ^ a b "Pantus Dzmitry Aleksandrovich". www.vpk.gov.by.
  2. ^ Краснознаменное Торпедо. Дети войны
  3. ^ Женат второй раз, сын пишет стихи по-белорусски: что известно о семье нового премьер-министра Романа Головченко 16
  4. ^ "Belarus leader names new prime minister two months before election". 4 Jun 2020 – melalui www.reuters.com.
  5. ^ https://eng.belta.by/politics/view/belarusian-government-resigns-132612-2020/
  6. ^ https://eng.belta.by/economics/view/prime-minister-all-the-enterprises-are-working-there-are-protesters-at-some-of-them-132662-2020/
  7. ^ https://eng.belta.by/president/view/lukashenko-appoints-new-government-132715-2020/
  8. ^ Александр ИГОРЕВ | Сайт «Комсомольской правды» (2020-06-04). "Биография Романа Головченко: что известно о новом премьер-министре Белоруссии". kp.by - Сайт «Комсомольской правды». Dicapai pada 2020-08-16.
  9. ^ "Биография Романа Головченко". РИА Новости (dalam bahasa Rusia). 2020-06-04. Dicapai pada 2020-08-16.

Templat:BelarusPMs