Ratu: Perbezaan antara semakan

616 bait ditambah ,  3 tahun lalu
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
 
== Peristilahan ==
Istilah ratu se[[kognat]] dengan istilah ''[[datu]]'' dan ''latu'' (latuhalat = ratu barat) khususnya daripada [[bahasa Jawa Kuno]] bererti penguasa atau pemimpin suatu kelompok; malah ia ada kaitan dengan gelaran "[[Datuk (keluarga)|datuk]]". Keempat-empat istilah ini [[kata warisan|sewarisan]] dari akar Melayu-Polinesia sama iaitu ''*Datuʔ''.<ref name="Nothofer">{{Cite journal|last=Nothofer|first=Bernd|year=2009|title=Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu|url=https://www.linguistik-indonesia.org/images/files/PatutdanTurut%3BDuadanSeparuh%3BDatardanRata.pdf&usg=AOvVaw04f06KXijeTeXiL1mFCOfO|journal=Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia|volume=27|issue=1|pages=23-43.|via=}}</ref>{{rp|31}}
 
Gelaran ini tidak memandang jenis kelamin. [[Prasasti Canggal]] misalnya, menyebut raja pertama [[Mataram Hindu]] sebagai "Rake Mataram Sang Ratu [[Sanjaya]]". Dalam sejarah [[Kerajaan Singhasari]] terdapat nama [[Mahisa Campaka]] yang menjabat sebagai "Ratu Angabhaya". Kedua-dua nama "Sanjaya" mahupun "Mahisa Campaka" merupakan nama lelaki lalu membuktikan gelaran "ratu" ini tidak semestinya dikait rapat dengan perempuan. Nammun begitu, hal ini berubah dengan datangnya unsur pengaruh budaya [[Hindu]] semakin berkembang di rantau Nusantara termasuk [[bahasa Sanskerta]] yang memperkenalkan istilah "raja" yang menggantikan penggunaan gelar ratu, istilah ratu pula bergeser menjadi [[Kefemininan|feminin]] dan bersinonim dengan '''rani'''.