Perbezaan antara semakan "Mahmud Shah dari Melaka"

k
Membetulkan ejaan bahasa inggeris kepada bahasa Melayu.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k (Membetulkan ejaan bahasa inggeris kepada bahasa Melayu.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
Pada tahun [[1509]], [[Diego Lopez de Sequiera]] dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang [[Eropah]] pertama yang tiba di [[Asia Tenggara]] dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, [[Sultan Mahmud Shah]] kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan [[Portugis]] diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
 
Pada [[1510]], Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada puteranya, [[Sultan Ahmad Shah, Melaka]]. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang [[Tun Mutahir]] cuba merampas kuasa tetapi ia semua ialah sebuah pelqnrancangan yang dibuat oleh Portugis untiluntuk merampas Melaka.
 
Pada [[10 Ogos]] [[1511]], sebuah [[armada laut]] Portugis yang besar dari India diketuai oleh [[Alfonso de Albuquerque]] kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan [[Kota Melaka]] pada [[24 Ogos]]. Sultan Mahmud Shah terpaksa berundur ke [[Bertam]], [[Batu Hampar]], [[Pagoh]] anddan seterusnya ke [[Pahang]] di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara [[China]].
 
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan [[Kesultanan Johor]] sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau [[Bentan]] yang terletaknya berdekatan dengan Temasik ([[Singapura]]), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun [[1525]], [[Laksamana Hang Nadim]] berjaya mengepung Kota [[A Famosa]] sehingga pihak Portugis terpaksa membuat [[catuan makanan]] dari [[Goa]].
67

suntingan