Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
| footnotes =
}}
'''Jabatan Pertahanan''' ( [[Bahasa Inggeris]] : '''Department Of Defense''' ; [[singkatan]] : '''DOD''' dan '''USDOD''' ) merupakan sebuah jabatan persekutuan yang dipertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia kesemua agensi dan fungsi kerajaan yang berkait rapat [[keselamatan negara]] dan [[Angkatan Tentera Amerika Syarikat]]. Organisasi dan fungsi Jabatan Pertahanan A.S ada diterangkan di dalam [[Tajuk Ke-10 Kod Amerika Syarikat|Perkara 10]] di dalam [[Kod Amerika Syarikat]].
 
Jabatan Pertahanan A.S merupakan penyewa terbesar di Bangunan [[Pentagon (bangunan)|Pentagon]] berhampiran [[Washington, D.C.]]. Jabatan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu — [[Jabatan Tentera Darat]], [[Jabatan Tentera Laut]], dan [[Jabatan Tentera Udara]]. Agensi-agensi Jabatan Pertahanan yang lain adalah [[Agensi Pertahanan Peluru Berpandu]], [[Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Termaju]], [[Agensi Pasukan Perlindungan Pentagon]], [[Agensi Perisikan Pertahanan]], [[Agensi Perisikan Geospatial Negara]], dan [[Agensi Keselamatan Negara]]. Jabatan ini juga mengoperasikan beberapa sekolah-sekolah perkhidmatan bersama, termasuk [[Kolej Peperangan Negara]].