Bantuan:Sejarah laman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baldic23 (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 4810960 oleh LaraLili2000 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 15:
 
[[Imej:Screenshot page history.png|800px]]<!--Tolong gantikan yang ini dengan versi Melayu kalau boleh-->
Suntingan ditunjukkan dari yang terbaru hingga ke terlama. Setiap suntingan mengisi satu baris yang menunjukkan waktu dan tarikh, nama atau IP penyumbang dan [[Wikipedia:Ringkasan suntingan|ringkasan penyuntingan]], dan juga maklumat diagnostik yang lain.yan
Mari kita tengok beberapa fungsi laman ini:
# Tab "Lihat sejarah" diserlahkan, dan "Sejarah semakan bagi" dibubuh pada tajuk laman. Perhatikan bahawa anda tidak boleh membuat [[Bantuan:Pautan|pautan wiki]] ke nama laman lanjutan ini &ndash; untuk berbuat demikian, salin [[Bantuan:URL|URL]] dari bar alamat pelayar apabila laman sejarah dipaparkan, dan tampalkannya di antara tanda kurungan petak ''tunggal'' (format pautan luar) untuk membuat pautannya.
# Pautan ini membawa anda ke suntingan yang terbaru ''(Terkini)'', yang terlama ''(Terawal)'' ataupun mukasurat suntingan yang berikutnya atau sebelumnya ''(n berikutnya/n sebelumnya)''. Perhatikan bahawa teks hitam dalam kurungan akan menjadi pautan jika sesuai.
# Nombor-nombor biru menyenaraikan bilangan suntingan yang dipaparkan pada satu mukasurat - 20, 50, 100, 250 atau 500. Lebih besar nombornya, makin panjang mukasurat itu tetapi makin kuranglah bilangan mukasurat yang ada. Nombor yang anda pilih menggantikan ''n'' dalam pautan ke mukasurat yang seterusnya atau sebelumnya, cth. ''(100 berikutnya / 100 sebelumnya)''.
# ''(kini)'' membawa anda ke laman [[Help:Perbezaan antara semakan|Perbezaan antara semakan]] yang menunjukkan perubahan antara suntingan itu dan versi terkini. Versi terkini terpapar di bawah maklumat perubahan itu, supaya anda boleh melihat bagaimana laman itu dipaparkan sekarang.
# ''(akhir)'' membawa anda ke laman perbezaan antara semakan yang menunjukkan perubahan antara suntingan itu dan versi sebelumnya. Versi yang lebih baru itu (iaitu yang di baris yang sama dengan "akhir" yang anda klik) terpapar di bawah maklumat perubahan, supaya anda boleh melihat bagaimana laman itu dipaparkan ketika itu.
# Dua lajur [[w:radio button|butang radio]] boleh digunakan untuk memilih mana-mana dua versi pada laman sejarah. Versi-versi yang dipilih ditandai warna latar yang istimewa. Dua versi yang paling terkini tersedia dipilih apabila anda baru membuka laman sejarah (inilah sebabnya ia kelihatan berbingkai dan latarnya berlainan). Katakanlah, anda hendak membandingkan versi-versi yang ditandai nombor 10 & 11 pada gambar. Mula-mula, klik butang radio yang kiri dekat nombor 11 supaya lajur butang kanan terserlah hingga nombor 11. Kemudian, klik butang radio yang kanan dekat nombor 10. Akhirnya, klik ''Bandingkan versi-versi yang dipilih''. Anda akan dibawa ke laman perbezaan antara semakan yang menunjukkan perubahan antara kedua-dua versi itu. Versi terkini (iaitu nombor 10) muncul di bawah perubahan, supaya anda boleh melihat bagaimana laman itu dipaparkan ketika itu.
# Inilah waktu dan tarikh suntingan dibuat yang dinyatakan dalam waktu tempatan mengikut tetapan keutamaan pengguna. Waktu dan tarikh ini berpaut dengan versi yang dibuat pada detik itu. Oleh itu, baris pertama berpaut dengan versi yang semasa sejarah semakan ini dimuatkan, oleh itu hasilnya mungkin berbeza dengan yang mengikut pautan pada jidar laman ke versi terkini. Biarpun laman itu belum berubah sementara itu, {{msg|Revision-info}} tetap muncul.
# Nama pengguna atau IP penyumbang muncul di sini.
# Ini ialah [[Wikipedia:Ringkasan suntingan|ringkasan penyuntingan]], iaitu teks yang ditulis oleh penulis dalam ruangan ringkasan peyuntingan (di bawah ruangan penyuntingan).
# Ringkasan penyuntingan bermula dengan pautan panah dan teks kelabu. Ertinya, pengguna itu hanya menyunting sebahagian laman (yang namanya tersiar dalam teks kelabu). Teks ini dibubuh secara automatik apabila anda menyunting mana-mana bahagian. Pengguna boleh membubuh ringkasan suntingannya sendiri, tetapi yang ini muncul dalam teks hitam.
# '''k''' bererti [[Bantuan:suntingan kecil|suntingan kecil]].
 
Anda boleh memulihkan versi lama sesebuah laman dengan mengikuti pautan ke versi itu, kemudian klik "sunting" dan simpan, tapi anda harus berhati-hati kerana ini akan menghapuskan ''segala'' perubahan yang dilakukan pada laman itu sejak ketika versi itu dibuat.
<!--
In rare cases all or part of a page history entry may be shown in grey, struck out by a horizontal line. This indicates that information has been hidden from public view by an [[WP:administrator|administrator]] or [[WP:bureaucrat|bureaucrat]]. See [[Wikipedia:Revision deletion|Revision deletion]] and [[Wikipedia:Oversight|Oversight]] for more on this.
-->
 
==Laman yang dipindahkan atau dihapuskan==