Abdul Rahman Andak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British.Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat.Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor.Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadapa mereka.
 
Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan [[Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa]] ditubuhkan oleh [[Muhammad Ibrahim Munshi]] . Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari [[bahasa Melayu]] agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada [[bahasa Inggeris]] ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha, pejabat, dan kerja raya.
 
Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada [[Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja]]. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' [[Abdul Rahman bin Andak]] .