Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Jangg0t (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 24:
}}
 
'''Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya''' (SMKC) adalahialah sebuah [[sekolah menengah]] yang terletak di [[Cyberjaya]], [[Selangor]], yang bersebelahan dengan [[Sekolah Kebangsaan Cyberjaya]] dan berdekatan dengan [[Universiti Multimedia]]. Ia dibina di daerah [[Sepang]], Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya merupakan sekolah berkonsepkan Sekolah Ceria berasaskan IT dan mula beroperasi pada 14 Jun 2004 dengan 4 orang murid, 21 orang guru yang diketuai oleh Pengetua Perintis, Tn. Hj. Salehuddin bin Abd. Rasid dibantu oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Said selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Habshah bt. Mohamad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan En. Jeyem Thiram a/l Maniam selaku Penolong Kanan Kokurikulum
 
Merangkumi kawasan seluas 11 ekar, SMK Cyberjaya terletak di dalam kawasan yang diwartakan sebagai Koridor Raya Multimedia. Malah SMK Cyberjaya merupakan sebahagian daripada pelan tersebut. Pada peringkat awal sekolah ini merupakan sekolah bestari "Level A" tetapi diubah menjadi sekolah Ceria IT. Bersesuaian dengan konsep tersebut, SMK Cyberjaya dibekalkan dengan peralatan dan kemudahan yang canggih.