'''Imagine Dragons''' adalahialah sebuah [[kugiran]] [[muzik rock|rock]] Amerika Syarikat dari [[Las Vegas]], Nevada. Ia terdiri daripada penyanyi vokal utama [[Dan Reynolds]], pemain gitar [[Wayne Sermon]], pemain bes dan papan nada [[Ben McKee]] dan pemain dram [[Daniel Platzman]].<ref name=imaginedragonsmusic /> Pendedahan awal kumpulan ini adalah melalui pelancaran single "[[It's Time (lagu)|It's Time]]", diikuti dengan album studio penampilan sulung ''[[Night Visions]]'' (2012), di mana singles-single dalam album tersebut berjaya memasuki carta seperti "Radioactive" dan "Demons". ''[[Billboard]]'' meletakkan mereka dalam tempat teratas bagi kedudukan 'Tahun dalam Rock' untuk tahun 2013{{r|billboard.com}} dan 2017{{r|charts1}} serta menamakan mereka sebagai 'Band Cemerlang 2013' dan 'Band Terbesar 2017'.{{r|besar17}} ''[[Rolling Stone]]'' menamakan lagu "Radioactive" yang memegang rekod untuk berada dalam carta untuk banyak minggu di [[Billboard Hot 100|''Billboard'' Hot 100]] 'hit rock terbesar tahun ini'{{r|imaginedragonsmusic}}{{r|rollingstone}}{{r|bill}} dan [[MTV]] memanggil mereka sebagai 'band paling cemerlang tahun ini'.{{r|mtv1}}
Album studio kedua Imagine Dragons, ''[[Smoke + Mirrors]]'' (2015) berjaya menduduki tempat pertama di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.{{r|uk1}}{{r|uk2}} Selepas rumpang yang singkat, band itu melancarkan album studi ketiga mereka ''[[Evolve (album Imagine Dragons)|Evolve]]'' (2017), yang menghasilkan single berkedudukan teratas di dalam carta iaitu "[[Believer (lagu Imagine Dragons)|Believer]]" dan "[[Thunder (lagu Imagine Dragons)|Thunder]]". Walaupun ketiga-tiga album mereka secara komersialnya berjaya, penerimaan kritikal terhadap album tersebut adalah bercampur.{{r|campur}}