John Thune: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anne4321 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox officeholder |image = John Thune, official portrait, 111th Congress.jpg |office = Ketua parti Senat Amerika Syarikat|Ketua Whip Maj...'
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:48, 30 Disember 2020

John Randolph Thune (/ˈθn/; lahir 7 Januari 1961) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat berkhidmat sebagai Senator kanan Amerika Syarikat dari South Dakota sejak tahun 2004. Seorang ahli Parti Republikan, sebelum ini dia berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan A.S. untuk kongres South Dakota dari tahun 1997 hingga 2003.

John Thune
Ketua Whip Majoriti Senat
Memegang jawatan
3 Januari 2019
PemimpinMitch McConnell
Didahului olehJohn Cornyn
Senator Amerika Syarikat
(South Dakota)
Memegang jawatan
3 Januari 2005
Berkhidmat dengan Mike Rounds
Didahului olehTom Daschle
Butiran peribadi
LahirJohn Randolph Thune
(1961-01-07) 7 Januari 1961 (umur 63)
Pierre, South Dakota, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganKimberley Weems (k. 1984)
Anak-anak2
PendidikanBiola University]]
University of South Dakota
Laman web rasmiLaman web Senat

Beliau menjadi Senator kanan AS South Dakota selepas persaraan penyandangnya, Tim Johnson pada tahun 2015. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Wakil Ketua GOP pada tahun 2006, pengerusi Jawatankuasa Dasar Republikan pada bulan Jun 2009 dan Pengerusi Persidangan Republikan pada tahun 2011, kedudukan ketiga di Senat. Beliau telah bekerja dalam politik dan organisasi sivik sejak menamatkan ijazah MBA. Beliau juga merupakan dekan terkini delegasi kongres South Dakota. Thune dipilih oleh Persidangan Republikan Senat untuk menjadi Ketua Whip Majoriti Senat untuk Kongres ke-116, menggantikan Senator John Cornyn dari Texas.[1]

Thune ialah seorang Kristian evangelikal.[2] Beliau berkahwin dengan Kimberley Weems pada tahun 1984. Mereka mempunyai dua anak perempuan dan empat orang cucu.[3] Thune seorang yang aktif dari segi fizikal dan kerap melibatkan diri dalam acara larian.[4] Beliau ialah peminat band muzik Styx, Journey, Boston dan Doobie Brothers.[5]

Rujukan

  1. ^ Wagner, John; DeBonis, Mike (November 14, 2018). "Congressional leadership elections: McConnell and Schumer keep the top spots; Pelosi seeks to shore up votes for speaker". The Washington Post. Dicapai pada September 29, 2020.
  2. ^ O'Donnell, Kelly (June 28, 2016). "Thune on VP Chatter: 'I Know Nothing'". NBC News. Dicapai pada September 30, 2020.
  3. ^ Laviola, Erin. "Kimberley Thune, John Thune's Wife: 5 Fast Facts You Need to Know". Heavy. Dicapai pada September 30, 2020.
  4. ^ McCue, Matt (October 15, 2012). "2012 Election Year Special". Runner's World . Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2013. Dicapai pada May 2, 2013.
  5. ^ Milbank, Dana (February 20, 2005). "George Wins Time-Travel Race in a Blur". The Washington Post. Dicapai pada September 30, 2020.

Pautan luar