Arnab Amami: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sci-KenKen (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 1:
{{Taxobox | name = Arnab Amami<br>ارنب امامي
| status = EN
| status_system = iucn2.3
Baris 17:
}}
 
'''Arnab Amami''' ([[Tulisan Jawi]]: ارنب امامي) atau '''Arnab Ryukyu''' ([[Tulisan Jawi]]: ارنب ريوکيو) (''Pentalagus furnessi'') merupakan sejenis [[arnab]] primitif berbulu gelap yang hanya dijumpai di [[Amami Ōshima]] dan [[Tokunoshima|Toku-no-Shima]], dua pulau kecil di antara [[Kyūshū]] selatan dan [[Okinawa]] di [[Wilayah Kagoshima]] (tetapi lebih dekat dengan Okinawa) di [[Jepun]]. Arnab Amami yang diperkatakan sebagai [[fosil hidup]] ini merupakan tinggalan arnab purba yang pernah tinggal di tanah besar Asia sehingga kepupusannya.
 
Arnab Amami mempunyai kaki yang pendek, tubuh yang agak besar, kuku yang besar dan melengkung, dan aktif pada waktu malam. Telinganya juga lebih kecil daripada jenis arnab yang lain. Arnab yang tinggal dalam hutan ini nampaknya melahirkan satu atau dua ekor anak sekali; si ibu menggali lubang dalam tanah untuk melindungi anaknya pada waktu siang. Pada waktu malam, si ibu membuka laluan masuk lubang, sambil berjaga-jaga akan pemangsa (seperti [[ular]] berbisa), kemudian menyusui anak-anaknya, selepas itu menutup lubangnya dengan menumbuk tanah dan bahan tumbuhan di atas lubang dengan kaki depannya. Arnab Amami tidur pada waktu siang di tempat yang tersembunyi, seperti gua. Arnab Amami juga terkenal kerana bunyi suaranya yang sekuat suara [[pika]]; cuma ada satu lagi daripada 50 spesies arnab yang boleh berbunyi sedemikian.