Sejarah Belgium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ricky250 (bincang | sumb.)
Harap ditambahkan rujukan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 29:
Pada tahun 22 SM, ''[[Gallia Belgica]]'' telah dibentuk yang terdiri daripada kawasan moden Belgium, selatan Belanda (Maastricht, Nijmegen, Utrecht), Luxembourg dan bahagian barat [[Rhine]] di Jerman. Kemudian, ia menjadi wilayah yang mempunyai hak sendiri pada 89 M.
 
Sekitar abad ke-2 dan ke-3, satu puak Jermanik yang dikenali sebagai [[orang Frank|Frank]] telah berpindah dari [[Scandinavia]] menuju ke [[NegariNegeri-negarinegeri Pamah]]. Selepas menyerah kepada Maharaja [[Maximian]], [[orang Frank Salia|Frank Salia]] menjadi ''[[Laeti]]'' (sekutu kepada Rom) dan dibenarkan untuk menetap di [[Germania Rendah]]. Mereka merupakan puak Jermanik pertama yang membina petempatan kekal di Rom. Mereka juga ialah puak Jermanik pertama yang dirumikan, iaitu menyerap budaya-budaya Rom lalu membolehkan kelompok ini ada yang menjawat sebagai [[Jeneral Rom|jeneral]] dan [[Konsul Rom|konsul]] empayar. Cara orang Frank menutur [[bahasa Latin]] akhirnya berkembang menjadi satu bentuk bahasa yang baru iaitu [[bahasa Perancis]]. Penaklukan [[Gaul Rom]] oleh [[dinasti Merovingia]] telah membolehkan penyebaran budaya dan bahasa Frank, yang akhirnya menjadi panduan untuk menamakan sebuah negara baharu, [[Perancis]].
 
[[Merovech|Merowig]] menjadi raja Frank pertama yang disebut oleh Rom dan dianggap sebagai pengasas kepada dinasti Merovingia. Beliau berasal dari [[Tournai]], sebuah petempatan yang telah diasaskan oleh Rom sekitar tahun 50 M yang kemudiannya diserahkan kepada puak Frank sebagai satu [[fief]]. Anaknya, [[Childeric I]] telah membantu Rom untuk menewaskan [[Visigoth]].