Dewan Undangan Negeri di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 2:
'''Dewan Undangan Negeri''' di [[Malaysia]] terdiri daripada [[Sultan]] atau [[Yang DiPertua Negeri|Yang di-Pertua Negeri]] sebagai ketua negeri, seorang [[Speaker]] dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan]].
 
Sultan atau Yang di-Pertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masasemasa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, [[pilihan raya umum]] mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.
 
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli [[Dewan Rakyat]] dan ADUN pada satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan [[perlembagaan]].