Darjah kebesaran Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Irsyad Lim (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 17:
* Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato' (Nama)
 
== Diraja Melayu دراج ملايو==
Gelaran-gelaran berikut adalah untuk baka atau salasilah keturunan hanya diberikan kepada keluarga diraja di sembilan negeri beraja di [[Malaysia]] dan keluarga beraja [[Brunei]].
 
=== Brunei بروني دارالسلام ===
Berikut merupakan gelaran rasmi yang digunakan untuk kerabat diraja Brunei.
 
* '''Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda [[Sultan]] dan [[Yang di-Pertuan Negara]] [[Brunei|Brunei Darussalam]]''' ( Jawi:کباوه دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري بݢيندا سلطان دان يڠدڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام) merupakan gelaran rasmi bagi [[Senarai Sultan Brunei|Sultan Brunei]].
* '''Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri''' ([[Jawi]]: کباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا راج ايستري) merupakan gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang pertama.
* '''Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri'''([[Jawi]]: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن ايستري) merupakan gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang lebih muda.
* '''Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan''' ([[Jawi]]: کباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري بݢاوان سلطان) merupakan gelaran bagi bekas Sultan yang masih hidup.
* '''Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Suri Seri Begawan Raja''' ([[Jawi]]: كباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سوري سري بݢاوان راج) merupakan gelaran rasmi bagi bonda Sultan.
 
Bagi mereka yang berketurunan raja dan telah berkahwin, mereka digelar sebagai '''Pengiran''' ([[Jawi]]: '''ڤڠيرن'''):
 
* '''Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota''' ([[Jawi]]: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا مهکوتا) ialah gelaran bagi pewaris takhta.
* '''Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda''' ([[Jawi]]: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا) pula ialah gelaran bagi putera kepada Sultan
* '''Yang Teramat Mulia Pengiran Muda''' ([[Jawi]]: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن مودا) ialah gelaran bagi putera kepada Pengiran Muda Mahkota
* '''Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri''' ([[Jawi]]: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ڤوتري) ialah gelaran bagi puteri kepada Sultan,
* '''Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri''' ([[Jawi]]: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ايستري) merupakan pasangan kepada Pengiran Muda Mahkota
* '''Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri''' ([[Jawi]]: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق ايستري) merupakan pasangan kepada Pengiran Perdana Wazir
* '''Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri''' ([[Jawi]]: يڠ امت موليا ڤيرن انق ايستري) merupakan pasangan kepada putera Sultan yang lain.
 
* '''Pengiran Anak''' ([[Jawi]]: ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
* '''Yang Teramat Mulia Pengiran Anak''' ([[Jawi]]: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi puteri kepada Pengiran Muda Mahkota
* '''Yang Amat Mulia Pengiran Anak''' ([[Jawi]]: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق)ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
* '''Yang Amat Mulia Pengiran Anak''' ([[Jawi]]: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi menantu Sultan yang dinaikkan kemuliaan.
* '''Yang Amat Mulia Pengiran Anak''' ([[Jawi]]: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق) bagi keluarga diraja yang lebih rendah pada peringkat Cheteria.
 
Gelaran bagi cucu juga diguna pakai untuk '''cicit''' dan '''piut''' Sultan. Bagi generasi terkemudian dipanggil dengan '''Pengiran''' sahaja.
 
Seseorang yang berkahwin dengan anggota jauh kerabat diraja akan digelar '''Pengiran Anak''' ([[Jawi]]: ڤڠيرن انق), dan gelaran akan hilang sekiranya mereka bercerai.
 
Perempuan yang berketurunan raja yang berkahwin dengan putera digelar '''Pengiran Isteri''' ([[Jawi]]: ڤڠيرن ايستري).
 
Perempuan yang bukan berketurunan raja yang berkahwin dengan putera pula digelar '''Pengiran Bini''' ([[Jawi]]: ڤڠيرن بيني).
 
Keturunan yang jauh dari keluarga diraja akan digelar '''Awangku''' ([[Jawi]]: اوڠکو) bagi lelaki dan '''Dayangku''' ([[Jawi]]: دايڠکو) bagi perempuan<ref name="kamus">{{cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengiran|title=pengiran|work=Malay Dictionary|publisher=[[Dewan Bahasa dan Pustaka]]|accessdate=10 June 2011}}</ref>
 
Gelaran-gelaran lain yang kecil ialah Tengku Putera ([[Jawi]]: تڠکو ڤوترا) bagi lelaki dan Tengku Puteri ([[Jawi]]: تڠکو ڤوتري) bagi perempuan.
 
=== Malaysia ===
182

suntingan