Robert Hooke: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kotak info
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24:
| footnotes =
| signature = Robert Hooke Signature.png
}}'''Robert Hooke''' ({{IPAc-en|h|ʊ|k}}; {{OldStyleDate|28 Julai|1635|18 Julai}} – 3 Mac 1703) ialah seorang ahli fizik, jurubina dan ahli falsafah Inggeris.

Dalam bidang fizik, beliau terkenal kerana mengusulkan sifat berkenaan [[keanjalan]] bahan, yakni pemanjangan sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan terhadap objek sehingga suatu tahap, kini dikenali sebagai [[hukum Hooke]]. Sifat ini mula-mula diusulkan olehnya sebagai suatu [[anagram]] [[bahasa Latin]], daripada frasa ''ut tensio, sic vis'' (dengan pemanjangan, begitu juga daya).<ref>Robert Hooke, ''De Potentia Restitutiva, or of Spring. Explaining the Power of Springing Bodies'', London, 1678.</ref>

Selain itu, beliau juga menjadi orang pertama yang menggambarkan [[Sel (biologi)|sel biologi]].<ref name=":1">Howard Gest, [https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15209075 "The discovery of microorganisms by Robert Hooke and Antoni van Leeuwenhoek, Fellows of The Royal Society"], ''[[Notes Rec R Soc Lond]]'', 2004 May;'''58'''(2):187–201. Howard Gest, [https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19684374 "Homage to Robert Hooke (1635–1703): New insights from the recently discovered Hooke folio"], ''[[Perspect Biol Med]]'', Summer 2009;'''52'''(3):392–399.</ref> Robert Hooke telah meneliti hirisan nipis [[gabus]] menerusi mikroskop ringkas dan mendapati hirisan tersebut terdiri daripada susunan unit-unit kecil, yang dipaparkan dalam bukunya, ''[[Micrographia]]''. Robert Hooke menamakan unit-unit ini sebagai [[sel]], yang bererti "bilik kecil" dalam bahasa Latin.
 
== Kehidupan awal ==
Robert Hooke ialah anak kepada seorang pendeta; ayahnya, John Hooke merupakan seorang kurator di muzium Gereja All Saints di Freshwater.<ref name="Jardine23">{{Cite book|title=The Curious Life of Robert Hooke: The Man who Measured London|last=Jardine|first=Lisa|publisher=Harper Collins Publishers|year=2003|isbn=978-0-00-714944-5|edition=1st|location=New York|page=23}}</ref> Pada masa kecilnya, Hooke belajar daripada ayahnya. Kemudian ia dikirim ke London untuk belajar pada seorang pelukis bernama [[Peter Lely]], sebelum mendaftarkan diri di sekolah Westminter.
 
Selanjutnya, beliau belajar di [[Universiti Oxford]] selama dua tahun, kemudian beliau menjadi pembantu [[Robert Boyle]] selepas ditawarkan oleh [[Thomas Willis]] yang membimbing Hooke.
 
== Kerjaya ==
Pada tahun 1662, Hooke diterima sebagai anggota kurator [[Royal Society]] dengan tugas utamanya adalah mengusulkan dan membuat beberapa macam uji kaji berdasarkan karya sendiri atau berdasarkan permintaan ahli-ahli lain. Dua tahun berikutnya, Hooke menduduki posisi sebagai profesor bidang geometri di [[Kolej Gresham]], menggantikan [[Issac Borrow]] yang berundur daripada jabatan itu.<ref>{{Cite journal|author=De Milt, Clara|date=November 1939|title=Robert Hooke, Chemist|journal=Journal of Chemical Education|volume=16|issue=11|pages=503–510|bibcode=1939JChEd..16..503D|doi=10.1021/ed016p503}}</ref> Ketika kerjayanya di Persatuan Diraja pada 1665, Hooke menerbitkan buku yang diberi judul ''[[Micrographia]]'', buku yang merupakan buku dalam bidang [[mikroskopi]].
 
== Rujukan ==
{{Reflist}}
 
== Pautan luar ==
 
* {{Commonscat-inline}}
{{Tunas-bio-Inggeris}}
{{Kawalan kewibawaan}}