Perbezaan antara semakan "Perbincangan pengguna:Chongkian"

 
Sila kemukakan pendapat anda mengenai kewujudan [[Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula]] di [[Perbincangan Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula|laman perbincangannya]]. Kerjasama anda amatlah dialu-alukan. Selamat memajukan Wikipedia! [[Pengguna:Kacha Permata|Kacha Permata]] ([[Perbincangan pengguna:Kacha Permata|bincang]]) 17:03, 12 November 2018 (UTC)
 
== Jemputan menyertai perundingan tahap kedua Tatakelakuan Sejagat ==
 
 
Salam,
 
Semoga Anda dalam keadaan baik dan sihat. Nama saya Ramzy Muliawan, mewakili tim Tatakelakuan Sejagat (UCoC) Yayasan Wikimedia bagi komuniti bahasa-bahasa Indonesia dan Melayu. Saya ingin mengabarkan bahwa proses perundingan tahap kedua UCoC akan dimulai pada hari Isnin, 18 Januari 2021.
 
Perundingan tahap kedua UCoC akan bertumpu pada perumusan mekanisme penerapan dan penguatkuasaaan yang efektif dan berlaku bagi seluruh projek Wikimedia. Sebagai penyumbang aktif di Wikipedia bahasa Melayu, saya ingin menjemput Anda untuk menyumbang saran, komen, dan maklum balas. Tahap kedua ini bersifat mustahak, mengingat UCoC merupakan salah satu mandat yang paling utama dari proses Strategi Gerakan Wikimedia dan akan menjadi standar minima bagi dasar tingkah laku di projek-projek Wikimedia.
 
Sebelum memulai, Anda dapat meninjau terlebih dahulu beberapa hal terkait UCoC. Halaman berikut tersedia dalam bahasa Melayu:
* [[meta:Universal Code of Conduct/Draft review/ms|Rancangan akhir UCoC yang disusun oleh jawatankuasa kakitangan dan sukarelawan Wikimedia]];
* [[meta:Universal Code of Conduct/Initial 2020 Consultations/ms|Laporan akhir dari perundingan tahap pertama mengenai perumusan UCoC]];
* [[meta:Universal Code of Conduct/FAQ/ms|Soalan yang lazim ditanyakan terkait UCoC]].
 
Selepas itu, Anda dapat memberi komen pada '''[[Wikipedia:Permohonan pendapat/Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat|laman permohonan pendapat]]''' sampai akhir bulan Februari 2021. Bagi kumpulan komuniti gerakan Wikimedia, kami juga merencanakan proses perundingan terpisah yang akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
 
Bila Anda memiliki pertanyaan lain atau ingin menyampaikan maklum balas yang dirasa lebih sesuai disampaikan pada saluran peribadi, sila balas emel ini atau hubungi saya melalui [https://t.me/ramzymuliawan Telegram].
 
Terima kasih dan salam hangat,
 
'''[[meta:User:RamzyM (WMF)|Ramzy Muliawan]]'''
<br> Fasilitator Perundingan Tatakelakuan Sejagat, Yayasan Wikimedia
 
-- [[Pengguna:RamzyM (WMF)|RamzyM (WMF)]] ([[Perbincangan pengguna:RamzyM (WMF)|bincang]]) 10:12, 15 Januari 2021 (UTC)
62

suntingan