Nabi Isa a.s.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
tambah kandungan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
* Kelahiran Isa terjadi dengan ajaib, tanpa perantaraan ayah kandung yakni terus atas kekuasaan Tuhan. Ibunya [[Maryam]] adalah dari golongan mereka yang suci serta masih perawan. Atas kekuasaan Allah apapun boleh terjadi dan tiada yang mustahil bagi-Nya, seperti juga perihal akan Nabi Adam a.s. yang tanpa bapa dan ibu mampu diciptakan atas kehendak Allah Yang Maha Agung.
* Isa memiliki beberapa keajaiban ([[mukjizat]]) atas kekuasaan Tuhan. Di samping kelahirannya yang ajaib, baginda mampu bercakap-cakap sewaktu berusia hanya beberapa hari, Isa bercakap dan membela Ibunya dari tuduhan penzinaan. Dalam Al-Quran juga turut diceritakan tentang kisah baginda atas izin Allah dapat menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan mengubati orang yang menghidapi [[sopak]] (kusta).
* Isa menerima wahyu dari Allah melalui kitab [[Injil]] (umum merujuknya pada [[Perjanjian Baru]] agama [[Kristian]])
* Isa menerima wahyu dari Allah melalui kitab [[Injil]] (umum merujuknya pada [[Perjanjian Baru]] agama [[Kristian]]), namun versi yang dimiliki oleh umat Kristian pada waktu ini dipercayai telah ditokok tambah dari versi asalnya yang merupakan koleksi sabda-sabda Nabi Isa a.s yang dicatat oleh para sahabat baginda. Beberapa pendapat dalam Islam menyebutkan bahawa Nabi Isa a.s sebenarnya memiliki Injilnya yang tersendiri berdasarkan dari keterangan dalam Al-Quran. [[Injil Barnabas]] atau Injil catatan seorang dari sahabat baginda yang bernama Barnabas adalah versi Injil paling berlainan dari Injil yang diperbaharui setiap masa pada waktu ini.
* Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib, tetapi Allah menyerupakan orang lain (Judas Iskariot) kepada muka baginda setelah sahabat nabi Isa itu mengkhianatinya dengan menjual baginda Isa Al-masih putera Maryam kepada tentera Rom. Nabi Isa a.s telah difitnah oleh orang yahudi yang ingkar dengan ajaran baginda yang meninginkan baginda dijatuhi hukuman bunuh oleh penguasa Rom, sedangkan Isa sendiri diangkat terus ke syurga dan sahabatnya yang diserupakan tadi yang akhirnya adalah orang yang mati disalib.
* Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan datang kembali ke bumi untuk melawan [[Dajjal]] (atau [[Antichrist]] dalam agama kristian) dan merupakan salah satu tanda-tanda dekatnya [[Hari Kiamat]].
* Isa juga bukan merupakan penebus dosa bagi manusia, Islam menolak konsep dosa keturunan dan menganut konsep bahawa setiap manusia bertanggungjawab dan akan diadili keatas perbuatannya sendiri.
 
==Kelahiran==