Perbezaan antara semakan "Parti Gerakan Rakyat Malaysia"

gerakan 2020
(gerakan 2020)
 
Antara kemuncak agenda parti pada bulan Jun, termasuklah penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, YB. A. Sivasubramaniam ke dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada 26 Jun. Berikutan dengan penyertaannya, Gerakan kini mempunyai satu kerusi DUN di Perak. Sebagai nota tambahan, pada bulan Mac yang lalu, YB. A Sivasubramaniam telah keluar dari DAP untuk menjadi wakil bebas dan diikuti dengan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan.
 
 
Salah satu ideologi Parti GERAKAN Rakyat Malaysia adalah untuk membasmi gejala korupsi dan tanggal 9 Julai 2020, GERAKAN telah melancarkan petisyen berkenaan dengan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang untuk mengumpul tandatangan orang ramai terutamanya penduduk Pulau Pinang. GERAKAN meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan perkembangan projek terowong dasar laut dan semua butiran kos yuran yang berkaitan dengan projek berkenaan. Pengerusi GERAKAN Negeri Pulau Pinang, Sdr. Oh Tong Keong mendakwa bahawa projek yang bernilai RM6.3 bilion itu tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang, sebaliknya hanya kepada syarikat yang menguruskan projek terowong itu. Setelah hampir sebulan petisyen itu dimulakan dan ditandatangani lebih 1000 orang, GERAKAN telah mengemukakan memorandum bantahan terhadap terowong dasar laut kepada Kerajaan Pulau Pinang pada 4 Ogos 2020. Sdr. Dr Kiew Hen Cheong, Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti GERAKAN negeri, menegaskan bahawa GERAKAN bukan sengaja untuk menolak sebarang pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri tetapi tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Mereka mendesak kerajaan Pulau Pinang supaya memberi penjelasan dengan secepat mungkin memandangkan projek ini telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat.
 
Parti GERAKAN Rakyat Malaysia sentiasa menerima dan menggalakkan penyertaan anggota baru dan meneruskan program-program yang berkaitan dalam menarik ahli-ahli baru. Oleh itu, pada 11 Julai 2020, seramai 40 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli GERAKAN dan sebahagian daripada mereka merupakan bekas anggota UMNO dan diketuai oleh Sdr. Mohd Aswaad Jaafar, bekas pemimpin UMNO Pulau Pinang. Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Presiden Nasional di Ibu Pejabat Parti di Kuala Lumpur.
 
== Barisan kepimpinan ==
26

suntingan