Perbezaan antara semakan "Parti Gerakan Rakyat Malaysia"

gerakan 2020
(gerakan 2020)
(gerakan 2020)
Salah satu ideologi Parti GERAKAN Rakyat Malaysia adalah untuk membasmi gejala korupsi dan tanggal 9 Julai 2020, GERAKAN telah melancarkan petisyen berkenaan dengan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang untuk mengumpul tandatangan orang ramai terutamanya penduduk Pulau Pinang. GERAKAN meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan perkembangan projek terowong dasar laut dan semua butiran kos yuran yang berkaitan dengan projek berkenaan. Pengerusi GERAKAN Negeri Pulau Pinang, Sdr. Oh Tong Keong mendakwa bahawa projek yang bernilai RM6.3 bilion itu tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang, sebaliknya hanya kepada syarikat yang menguruskan projek terowong itu. Setelah hampir sebulan petisyen itu dimulakan dan ditandatangani lebih 1000 orang, GERAKAN telah mengemukakan memorandum bantahan terhadap terowong dasar laut kepada Kerajaan Pulau Pinang pada 4 Ogos 2020. Sdr. Dr Kiew Hen Cheong, Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti GERAKAN negeri, menegaskan bahawa GERAKAN bukan sengaja untuk menolak sebarang pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri tetapi tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Mereka mendesak kerajaan Pulau Pinang supaya memberi penjelasan dengan secepat mungkin memandangkan projek ini telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat.
 
Parti GERAKAN Rakyat Malaysia sentiasa menerima dan menggalakkan penyertaan anggota baru dan meneruskan program-program yang berkaitan dalam menarik ahli-ahli baru. Oleh itu, pada 11 Julai 2020, seramai 40 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli GERAKAN dan sebahagian daripada mereka merupakan bekas anggota UMNO dan diketuai oleh Sdr. Mohd Aswaad Jaafar, bekas pemimpin UMNO Pulau Pinang. Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Presiden Nasional di Ibu Pejabat Parti di Kuala Lumpur. Seterusnya, pada 6 Ogos 2020, GERAKAN melancarkan mekanisme jurucakap 5E, dan tujuannya adalah untuk menyampaikan pendapat dan penyelesaian tentang beberapa isu penting. Antara kluster yang diwujudkan adalah Pendidikan (Education), Alam Sekitar (Environment), Ekonomi (Economy), Pekerjaan (Employment), dan Kesetaraan Sosial (Social Equality). Jurucakap ini terdiri daripada Sdr. Cikgu Aiman Abdullah bagi Pendidikan, Sdri. Wendy Subramaniam bagi Pekerjaan, Sdri. Mourhrna Anetha Reddy bagi Kesetaraan Sosial, Sdr. Lee Boon Shian bagi Alam Sekitar dan Sdr. Dr. Dinesh Kumar bagi Ekonomi. Kelima-lima jurucakap ini mempunyai latar belakang profesional dan fasih dalam kluster yang diwakilinya. Antara peranan jurucakap adalah untuk mengkaji topik yang berkaitan untuk bicara, dan mewakili pendapat parti.
 
GERAKAN sentiasa berusaha bersama-sama rakyat untuk melawan pandemik COVID-19. Oleh itu, pada 5 Ogos , GERAKAN telah mengagihkan hampir 10,000 topeng muka kepada orang ramai di Pulau Pinang dan mengingatkan rakyat agar sentiasa memakai topeng muka. Selain itu, GERAKAN juga mengagihkan topeng muka di pusat penjaja di Johor Bahru pada 27 Ogos. Seterusnya, pada 9 September 2020, Parti GERAKAN Rakyat Malaysia Negeri Kelantan telah menghadiahkan 110 topeng muka kain kepada SJK(C) Poy Hwa yang terletak di Pasir Parit, Kelantan. Tambahan juga, selain topeng muka, GERAKAN juga telah mengantar 100 pembasmi kuman ke SJK (C) Chung Cheng di Kota Bharu, Kelantan pada 22 September 2020. Tujuan ini adalah untuk mengurangkan beban pengurusan sekolah dan mendorong sekolah untuk mengambil langkah pencegahan dalam wabak COVID-19.
 
Pada tanggal 14 Ogos 2020, Parti GERAKAN Rakyat Malaysia telah menganjurkan program “Pelatih Politik” yang terbuka kepada siswazah dan golongan belia. Timbalan Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Sdri. Wendy Subramaniam menyatakan bahawa inilah kali pertama GERAKAN membuka permohonan untuk program seperti ini sejak penubuhan parti kerana ingin memberi peluang kepada pemuda supaya mereka lebih memahami politik dengan lebih mendalam terutama dalam memahami keperluan rakyat. Rancangan tersebut dipercayai dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia.
 
== Barisan kepimpinan ==
26

suntingan