Perbezaan antara semakan "Parti Gerakan Rakyat Malaysia"

gerakan 2020
(gerakan 2020)
(gerakan 2020)
Parti GERAKAN Rakyat Malaysia sentiasa menerima dan menggalakkan penyertaan anggota baru dan meneruskan program-program yang berkaitan dalam menarik ahli-ahli baru. Oleh itu, pada 11 Julai 2020, seramai 40 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli GERAKAN dan sebahagian daripada mereka merupakan bekas anggota UMNO dan diketuai oleh Sdr. Mohd Aswaad Jaafar, bekas pemimpin UMNO Pulau Pinang. Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Presiden Nasional di Ibu Pejabat Parti di Kuala Lumpur. Seterusnya, pada 6 Ogos 2020, GERAKAN melancarkan mekanisme jurucakap 5E, dan tujuannya adalah untuk menyampaikan pendapat dan penyelesaian tentang beberapa isu penting. Antara kluster yang diwujudkan adalah Pendidikan (Education), Alam Sekitar (Environment), Ekonomi (Economy), Pekerjaan (Employment), dan Kesetaraan Sosial (Social Equality). Jurucakap ini terdiri daripada Sdr. Cikgu Aiman Abdullah bagi Pendidikan, Sdri. Wendy Subramaniam bagi Pekerjaan, Sdri. Mourhrna Anetha Reddy bagi Kesetaraan Sosial, Sdr. Lee Boon Shian bagi Alam Sekitar dan Sdr. Dr. Dinesh Kumar bagi Ekonomi. Kelima-lima jurucakap ini mempunyai latar belakang profesional dan fasih dalam kluster yang diwakilinya. Antara peranan jurucakap adalah untuk mengkaji topik yang berkaitan untuk bicara, dan mewakili pendapat parti.
 
GERAKAN sentiasa berusaha bersama-sama rakyat untuk melawan pandemik COVID-19. Oleh itu, pada 5 Ogos , GERAKAN telah mengagihkan hampir 10,000 topeng muka kepada orang ramai di Pulau Pinang dan mengingatkan rakyat agar sentiasa memakai topeng muka. Selain itu, GERAKAN juga mengagihkan topeng muka di pusat penjaja di Johor Bahru pada 27 Ogos. Seterusnya, pada 9 September 2020, Parti GERAKAN Rakyat Malaysia Negeri Kelantan telah menghadiahkan 110 topeng muka kain kepada SJK(C) Poy Hwa yang terletak di Pasir Parit, Kelantan. Tambahan juga, selain topeng muka, GERAKAN juga telah mengantar 100 pembasmi kuman ke SJK (C) Chung Cheng di Kota Bharu, Kelantan pada 22 September 2020. Tujuan ini adalah untuk mengurangkan beban pengurusan sekolah dan mendorong sekolah untuk mengambil langkah pencegahan dalam wabak COVID-19.
 
Pada tanggal 14 Ogos 2020, Parti GERAKAN Rakyat Malaysia telah menganjurkan program “Pelatih Politik” yang terbuka kepada siswazah dan golongan belia. Timbalan Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Sdri. Wendy Subramaniam menyatakan bahawa inilah kali pertama GERAKAN membuka permohonan untuk program seperti ini sejak penubuhan parti kerana ingin memberi peluang kepada pemuda supaya mereka lebih memahami politik dengan lebih mendalam terutama dalam memahami keperluan rakyat. Rancangan tersebut dipercayai dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia. Manakala pada tanggal 25 Ogos 2020, GERAKAN telah melancarkan program “GERAKAN Talk Show” (GTS) yang diketuai oleh Sdri. Wendy Subramaniam, Sdri. Mourhrna Reddy dan Sdr. Lee Boon Shian dan tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan platform kepada rakyat untuk membincangkan isu-isu semasa secara konstruktif. Ahli GERAKAN sedar bahawa perkembangan media sosial pada masa ini menyebabkan banyak berita yang tidak sahih sebar secara berleluasa. Oleh itu, GERAKAN berharap masalah ini boleh diatasi dengan lebih berkesan melalui program seperti GTS. Rancangan ini bersiaran secara langsung di Facebook GTS fan-page dan diadakan setiap dua minggu sekali pada hari Selasa, dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.
 
Sempena Bulan Kemerdekaan 2020, GERAKAN Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang dan Perak untuk mengedarkan bendera kebangsaan kepada penduduk tempatan. Dengan harapan semangat patriotism dan perpaduan dapat disematkan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Seterusnya, ahli-ahli Parti GERAKAN Rakyat Malaysia Negeri Kelantan dan GERAKAN Bahagian Indera Mahkota telah mengunjungi pusat jagaan orang tua yang terletak di Jabor, Kuantan untuk memberikan barang keperluan harian kepada warga emas. Tujuan aktiviti ini juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat untuk mengunjungi pusat jagaan warga emas kerana golongan ini telah banyak berjasa kepada negara, dan rakyat haruslah menunjukkan keprihatinan dan menghormati warga emas.
 
Antara kemuncak agenda GERAKAN pada bulan September adalah mesyuarat Persidangan Perwakilan Negeri dan tema persidangan pada tahun ini adalah persediaan untuk menghadapi PRU ke-15. Persidangan Perwakilan Negeri bagi Parti GERAKAN Rakyat Malaysia dimulakan di Negeri Terengganu dan seterusnya di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Perak. Sidang itu juga membincangkan tentang pentingnya usaha membantu rakyat dalam melawan Covid-19.
 
== Barisan kepimpinan ==
26

suntingan