Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
gerakan 2020
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
gerakan 2020
Baris 151:
Sempena Bulan Kemerdekaan 2020, GERAKAN Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang dan Perak untuk mengedarkan bendera kebangsaan kepada penduduk tempatan. Dengan harapan semangat patriotism dan perpaduan dapat disematkan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Seterusnya, ahli-ahli Parti GERAKAN Rakyat Malaysia Negeri Kelantan dan GERAKAN Bahagian Indera Mahkota telah mengunjungi pusat jagaan orang tua yang terletak di Jabor, Kuantan untuk memberikan barang keperluan harian kepada warga emas. Tujuan aktiviti ini juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat untuk mengunjungi pusat jagaan warga emas kerana golongan ini telah banyak berjasa kepada negara, dan rakyat haruslah menunjukkan keprihatinan dan menghormati warga emas.
 
Antara kemuncak agenda GERAKAN pada bulan September adalah mesyuarat Persidangan Perwakilan Negeri dan tema persidangan pada tahun ini adalah persediaan untuk menghadapi PRU ke-15. Persidangan Perwakilan Negeri bagi Parti GERAKAN Rakyat Malaysia dimulakan di Negeri Terengganu dan seterusnya di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Perak. Sidang itu juga membincangkan tentang pentingnya usaha membantu rakyat dalam melawan Covid-19.
 
Pada 13 September 2020, Presiden Nasional Parti GERAKAN Rakyat Malaysia, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai telah menyatakan hasrat GERAKAN untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Sdr. Dr. Dominic Lau, hasrat ini telah dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN dan dipersetujui semua ahli jawantankuasa pusat pada bulan Mei yang lepas. GERAKAN akan mengaturkan perbincangan dan langkah-langkah yang berkaitan dengan PN berhubung dengan hasrat parti dalam menyertai perikatan. Selain itu, GERAKAN telah melancarkan penjualan kuih bulan di Teluk Intan, Perak yang bertemakan ‘Demi Rakyat’. Kempen tersebut dijalankan untuk mengumpul dana bagi golongan miskin yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19. GERAKAN telah menggunakan dana yang dikumpul untuk membeli keperluan harian seperti beras kepada golongan yang kurang berkemampuan. Bukan itu sahaja, GERAKAN dapat meneruskan warisan dan kebudayaan masyarakat Cina melalui penjualan kuih bulan. Sebagai parti yang tidak mengira perbezaan kaum, GERAKAN amat menekankan kepentingan perayaan setiap kaum. Oleh itu, GERAKAN berharap kempen seperti ini dapat menyampaikan kepentingan perayaan kuih bulan kepada rakyat khususnya golongan belia yang bekerja di bandar. Sekotak kuih bulan dijual pada harga RM22 sahaja.
 
Pada 20 September 2020, GERAKAN bersama Institut SEDAR telah mengadakan forum “Sambutan 50 Tahun Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan Memupuk Perpaduan Rakyat Sejahtera” di Menara PGRM Kuala Lumpur. Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempengerusikan forum tersebut. Antara intipati utama forum tersebut adalah ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui tayangan video ucapan yang menekankan kepentingan prinsip Rukun Negara yang disertai dengan perpaduan yang kukuh serta rasa hormat-menghormati di antara satu sama lain. Forum itu membincangkan bagaimana sifat keagamaan dapat membina perpaduan dan keharmonian dalam diri rakyat Malaysia. Forum tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Dr. Edmund Santhara Kumar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Antara panel jemputan yang memberi pandangan, intepretasi dan penerangan berhubung aspek Rukun Negara dari perspektif keagamaan adalah S.S Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin (Mufti Negeri Perlis), Gowri PS Tangaya (Penolong Setiausaha Malaysia Hindu Sangam), Archbishop Julian Leow Beng Kim (Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia), Daozhang Tan Hoe Chieow (Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia) dan Venerable Sing Kan (Ketua Jabatan dan Amal Persatuan Buddhist Malaysia).  
 
== Barisan kepimpinan ==